07 March 2009

Doa Anak Untuk Ibu Bapa

Salam

Al-Fadhil Ustaz sekalian, berkenaan doa utk arawah ibubapa.
1. Adakah ucapan seperti..."Ya Allah Ya Tuhan ku ampunilah dosa kedua2 org tua ku.." tanpa didahului dgn selawat atau diakhiri dengan selawat sebagaimana doa2 yg biasa, dikira doa yg [email]sampai@memberi[/email] berkat utk arwah?

2.Adakah doa seorang anak yang fasik akan sampai kepada arwah ibu bapa mereka?

Terima kasih, Wassalam

**************
thtl
Wassalam

Jawab:

1. Berdo'a spt itu termasuk dlm do'a yg menyalahi syarat (tergesa-gesa) dan menyalahi adab (memuji Allah dan berselawat). Larangan tergesa-gesa, dalilnya: HR Muslim (Syarah Sahih Muslim: 17/25)" doa seseorang seseorang hamba sentiasa dimakbulkan asalkan dia tidak tergesa-gesa"

Dalil do'a dimulai dgn pujian terhadap Allah dan berselawat: Sahih aTermidzi: 9/449. WA

2. Doa anak yg fasiq tidak sampai.

Dalil: HR Muslim dan ashab asSunan dari Abu Hurayra ra," apabila anak Adam meninggal, putuslah amalannya, kecuali..anak soleh yg mendo'akannya." WA

1 comments:

Indra Akmal said...

Salam,

Sekadar ingin bertanya dan mendapat pandangan daripada ustaz berkenaan soal agama dan ibadah yang menjadi kemusykilan saya kerana telah banyak mendapat e-mail berkenaan persoalan agama. Di sini saya mempunyai persoalan berkenaan cara-cara berdoa yang dituntut dalam Islam dan mengikut sunnah Rasullullah S.A.W:



a) Bagaimanakah cara-cara berdoa selepas solat fardhu ataupun di masa-masa lain yang dituntut dalam Islam dan mengikut sunnah Rasullullah S.A.W;


b) Selepas kita berwirid selepas solat fardhu, dan selepas memulakan doa (memuji keagungan Allah S.W.T dan bersalawat ke atas Rasullullah S.A.W), boleh ker kita membaca doa di dalam bahasa melayu ataupun bahasa asing selain daripada bahasa arab?


c) Sesetengah orang yang tidak tahu membaca doa dalam bahasa arab, akan membaca makna doa tersebut dalam bahasa lain seperti bahasa melayu dan English. Apakah hukumnya?


d) Ada sesetengah orang berkata kita tidak perlu mengangkat doa ketika berdoa kerana ia merupakan perbuatan bida’ah dan akan ditolak doanya kerana ia bukannya sunnah Rasullullah S.A.W. Mungkin ustaz boleh terangkan berkenaan perkara ini.


Semoga penerangan daripada Ustaz akan memberi penjelasan tentang pemahaman yang lebih mendalam dan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.





Wassalam,

Post a Comment