09 March 2009

Tangan Diterbalikkan Ketika Doa

assalamualaikum
adakah ia disokong kuat oleh hadith?

***************
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Mohd Saufi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebelum kita mengemukan dalil atau nas berkenaan dengan membalikkan tangan apabila berdo'a, atau diiistilahkan belakang tangan mengadap ke langit, lebih dahulu kita akan menceritakan hukum mengangkat tangan dan beberapa perselihan ulama berkenaan dengannya.

Hukum mengangkat tangan ketika berdo'a

Ada merupakan prinsip asas bagi seseorang melakukan do'a mengangkat tangannya, kerana Nabi saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

"Sesungguhnya Allah itu amat pemurah, dan ia tidak menyukai menghampakan hamb anya dengan tangan kosong apabila ia menangkatnya kepadanya" - (Hadith riwayat Al-Tirmudzi #3556, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih Al-Tirmudzi.)

Diadalam Kitab Tuhfat al-Ahwadhi mengatakan bahawa hadith ini menegaskan adalah mustahab mengangkat tangan apabila melakukan doa. Sebenarnya banyak lagi hadith yang menerangkan tentang mustahabnya mengangkat tangan. Menurut Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah :

وأما رفع لقول النبي صلى الله عليه وسلم يديه في الدعاء : فقد جاء فيه أحاديث كثيرة صيحة، مسحه وجهه بيديه فليس عنه فيه الاحديث، أو حديثان،

"Dan bagi mengangkat tangan ketika berdo'a adalah merupakan perkataan Nabi saw : Telah datang darinya banyak hadith-hadith yang sahih, menyapu wajah dengan tangan bukanlah ada didalam hadith atau hadith-hadith".

الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء يا رب يا رب ، ومطعمه حرام ومشربه حرام وملبسه حرام وغذي بالحرام ، فأنى يستجاب له ؟ ) رواه مسلم في صحيحه

Kemudian diperingatkan dengan "seorang lelaki yang bermusafir jauh dan dipenuhi habuk, mengangkat tangan keatas langit seraya berkata :'Ya Tuhan ku Ta Tuhan ku', akan tetapi makanan yang dimakan dari yang haram, dan minumannya dari yang haram, dan semuanya dijadikan dengan yang haram, maka bagaimana dikabulkan keatas permintaannya?" - (Riwayat oleh Muslim didalam Shahih).

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz memberi komentar diatas hadith diatas mengatakan :"ia menunjukkan bahawa mengangkat tangan merupakan satu cara (adab) bagi sesuatu do'a itu dikabulkan, dan menjelaskan bahawa mengambil sesuatu yang haram merupakan salah satu perkara dimana do'a seseorang itu tidak di kabulkan."

--------------
Berapa pandangan mengenai mengangkat tangan semasa berdo'a

Rata-rata atau umumnya mengangkat tangan semasa do'a adalah mustahab. Ia merupakan salah satu daripada kaedah berdo'a sebagaimana yang dijelaskan diatas yang disandarkan kepada hadith-hadith sahih. Disini kita memetik fatwa dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz mengenai beberapa situasi mengenai angkat tangan ketika berdo'a. Kata beliau:

فهذا من أسباب الإجابة إلا في المواضع التي لم يرفع فيها النبي صلى الله عليه وسلم فلا نرفع فيها ، مثل خطبة الجمعة ، فلم يرفع فيها يديه ، إلا إذا استسقى فهو يرفع يديه فيها .
كذلك بين السجدتين وقبل السلام في آخر التشهد لم يكن يرفع يديه صلى الله عليه وسلم فلا نرفع أيدينا في هذه المواطن التي لم يرفع فيها صلى الله عليه وسلم .
لأن فعله حجة وتركه حجة ، وهكذا بعد السلام من الصلوات الخمس . كان صلى الله عليه وسلم يأتي بالأذكار الشرعية ولا يرفع يديه ، فلا نرفع في ذلك أيدينا إقتداء به صلى الله عليه وسلم أما المواضع التي رفع صلى الله عليه وسلم فيها يديه فالسنة فيها رفع اليدين تأسياً به صلى الله عليه وسلم ولأن ذلك من أسباب الإجابة ، وهكذا المواضع التي يدعو فيها المسلم ربه ولم يرد فيها عن النبي صلى الله عليه وسلم رفع ولا ترك فإنا نرفع فيها للأحاديث الدالة على أن الرفع من أسباب الإجابة كما تقدم .

"[mengangkat tangan] ini merupakan salah satu sebab dikabulkan do'a., melainkan terdapat beberapa situasi dimana Nabi saw TIDAK mengangkat tangan, misalnya do'a pada Khutbah Jumaat, dimana dia tidak mengangkat tangan, melainkan apabila bersolat memohon hujan (Solat istisqa'), beliau telah mengangkat tangannya.

Begitu juga duduk diantara 2 sujud dan sebelum salam diakhir Tashahud , baginda saw tidak mengangkat tangannya, maka kita tidak boleh mengangkat tangan dimasa itu kerana Nabi saw tidak mengangkat tangannya.

Disebabkan melakukannya berdasar nas dan tidak melakukannya juga [tidak angkat tangan] juga berdasarkan nas. Begitu juga selepas salam didalam solat yang lima, Nabi saw akan melakukan zikir yang telah dinyatakan oleh syariah akan tetapi beliau tidak mengangkat tangan, maka kita lakukan sedemikan menurut beliau sebagai contoh. Akan tetapi, didalam situasi beliau mengangkat tangan, adalah menjadi sunnah mengangkat tangan, mencontohi perbuatan baginda, kerana ia merupakan satu cara menjadikan do'a kita dijawab oleh Allah swt. Begitu juga dengan situasi didalam seorang Islam memohon sesuatu dari Allah, dan tidak ada riwayat bahawa Nabi saw mengangkat tangan atau tidak. Maka kita dibolehkan mengangkat tangan, kerana disana ada hadith yang menunjukkan mengangkat tangan merupakan salah satu cara agar do'a kita di jawab, seperti yang disebab tadi."

"Disana ulama mengatakan adalah menjadi syariat mengangat tangan semasa berdo'a, malah merupakan mengatakan sunat, kerana menyerupai perlakuan Nabi saw - ada juga kumpulan yang memakruhkan mengangkat tangan kecuali/melainkan didalam Solat istisqa' (mohon hujan), kerana Hadith dari Anas :

كان النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ لا يرفع يديه في شيء من دعائه إلا في الاستسقاء فإنه كان يرفع يديه حتى يرى بياض إبطيه

"Bahawa Rasulullah saw tidak sekali-kali mengangkat tangan didalam do'a kecuali didalam istisqa', maka beliau telah mengangkat tangan sehingga tampak keputihan ketiaknya" - (Riwayat Al-Bukari dan Muslim).

Sebahagian memakruhkan mengangkat tangan secara mutlak didalam Istisqa' dan lain-lain, kerana Hadith Muslim dari 'Imaarah bin Rubiyyah, telah melihat Basyir bin Marwan diatas Mimbar mengangkat tangannya, maka berkata :

قَبَّحَ الله هاتين اليدين، لقد رأيت رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ ما يزيد على أن يقول بيده هكذا، وأشار بأصبعه المسبحة "تفسير القرطبي ج 7 ص 255" .

"Allah akan memburukkan kedua-dua tangan ini, aku telah melihat nabi saw - tidak menambah keatasnya dengan berkata dengan tangannya dan begitu, dan baginda telah mengunakan isyarat dengan jari telunjuk - sebagaimana didalam Tafsir Qurthubi 7/255"
--------------------

Dalil menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a

Disana terdapat dalil yang menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a, sebagaimana menurut Sheikh Atiyah Saqr :

قال ابن حجر في الفتح: قال العلماء: السُّنَّةُ في كل دعاء لرفع بلاء أن يرفع يديه جاعلاً ظهر كفيه إلى السماء، وإذا دعا بحصول شيء أو تحصيله أن يجعل بطن كفيه إلى السماء. وكذلك قال النووي في شرح صحيح مسلم، حاكيًا لذلك عن جماعة من العلماء. وقيل:الحكمة في الإشارة بظهر الكفين في الاستسقاء دون غير التفاؤل بتقلب الحال كما قيل في تحويل الرداء "المرجع السابق".

"Berkata Ibnu Hajar didalam Al-Fath Bari : Berkata ulama' : Sunnah setiap kali berdo'a menghindar bala' mengangkat tangannya menjadikan belakang tangan mengadap ke langit (terbalik), jika berdo'a untuk mendapat sesuatu hasil maka jadikan tapak tangan mengadap langit. Begitulah yang dikatakan oleh Imam Al-Nawawi didalam syarah Sahih Muslim, dan berkata dikalangan kumpulan ulama. Kata mereka : Hikmah mengisyaratkan belakang tapak tangan apabila memohon air hujan tanpa selainnya hanyalah optimistik berubahnya keadaan sebagaimana diperingkat didalam bertukar posisi kain sibai, merujuk kepada nas sebelum ini. "

Isu ini boleh dirujuk dalam 2 contoh jawapan didalam Soalan Arkib Al-Ahkam :

1. Menterbalikkan tangan ketika doa tolak bala'

2. Doa: terbalikkan telapak tangan
--------------

Pandangan Rumah Fatwa Saudi

Didalam fatwa bernombor 3907 dari al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta, ulama'-ulama'nya menyebut :

السنة أن يجعل بطون يديه إلى السماء وظهورهما إلى الأرض؛ لما روي أن النبي صلى الله عليه وسلم :
إذا سألتم الله فاسألوه يبطون أكفكم، ولاتسألوه بظهورها

"Adalah Sunnah menjadikan tapak tangan mengadap ke langit dan belakang kedua-dua tangan mengadap ke bumi, sebagaimana yang diriwayatkan dari Nabi saw :

Apabila kamu memohon kepada Allah, maka hendaklah kamu lakukan dengan kedua tapak tangan kamu, jangan kamu memohon dengan menggunakan kedua belakang tangan kamu" - (hadith riwayat : Abu Daud 2/164-165 bernombor 1485,1486, Ibnu Maajah 1/373, 2/1272, Al-Hakim 1/536, Al-Baihaqi 2/212 dan lain-lain). "

---------------
Angkat tangan semasa berdo'a merupakan perkara mustahab. Akan tetapi terdapat situasi-situasi tertentu yang menunjukkan Nabi saw tidak mengangkat tangan semasa berdo'a, seperti do'a didalam tashahud dan do'a didalam Khutbah Jumaat atau Eid. Ada juga ulama' yang mengatakan hanya boleh mengangkat tangan semasa solat istisqa' sahaja. Umumnya, ulama' bersetuju bahawa mengangkat tangan didalam do'a itu merupakan satu cara bagi do'a kita dijawab oleh Allah swt. Mengenai isu membalikkan tangan semasa berdo'a, ada dikalangan mereka yang membenarkan semasa berdo'a menjauhkan bala, dan terdapat juga dikalangan mereka yang lebih menyukai tidak membalikkan tangan semasa berdo'a. Wallahu'alam.

wassalam.

================
Rujukan :

1. Abdul Rahman Mohd bin Qasim. Majmu' fatawa Sheikh Al-Islam Ahmad bin Taimiyah - 22. Mekah : Percetakan Hukumah, 19??. ms 519.

2. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa 'adilatuhu - I. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.ms. 804.

3. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu’ Fataawa wa Maqaalaat li’l-Sheikh Ibn Baaz - 6. Riyad : Dar Al-Watan, 1998. ms 124

4. Sheikh Atiyyah Saqr.رفع الأيدي بالدعاء url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=13258

5. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - 8. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000. ms 328.

0 comments:

Post a Comment