07 June 2009

Bacaan Quran & Tahlil Untuk Arwah

anakMINANG04

Salam

Moga kita dirahmati Allah SWT.

Saya ingin mendapatkan pandangan ahli panel mengenai perkara ini:-

1) Saya menerima surat dari sebuah madrasah pondok mengenai perkara:MAJLIS BACAAN AL-QURAN & TAHLIL UNTUK ARWAH PD BLN RAMADHAN

- Pahala daripada amalan tersebut akan dihadiahkan kepada arwah muslimin & muslimat secara amnya

- Kepada sesiapa yang hendak mensedeqahkan amalan ini kepada arwah yang tertentu sila senaraikan nama-nama arwah

- Setiap penyertaan untuk bacaan al-Quran dikenakan bayaran RM3 dan tahlil dikenakan bayaran RM4 Setiap bayaran ini merupakan sumbangan tuan/puan yang amat besar untuk madrasah ini.

Begitulah antara intipati surat tersebut.

2) Pertanyaan saya dan respon ahli panel dari perkara dibawah:

a) Pahala amalan bacaan al-Quran & tahlil dihadiahkan kepada arwah

b) Sedeqah amalan bacaan al-Quran & tahlil kepada si arwah

c) Mengenai bayaran kepada bacaan al-Quran & tahlil ang diklasifikasikan sebagai sumbangan

Harapannya mendapat penjelasan yang terbaik daripada Quran & Sunnah...

Terima kasih atas perhatian...Wassalam

_________________
al-jawhar
Panel Feqh

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Ulama berbeza pendapat dalam bab menghadiahkan pahala membaca Al-Quran kepada arwah , Ada yang mengharuskan dan ada pula yang tidak mengharuskan.

Golongan yang mengharuskannya adalah terdiri dari kalangan Ulama mazhab Hanafi dan Hanbali.Mereka berpendapat bahawa sebarang aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt , pahala amalan tersebut boleh dsedekah/dihadiahkan kepada orang lain yang telah mati. [Al-Mughni , jilid 2 ms 567]

Dikalangan ulama masa kini yang berpegang kepada pendapat bahawa pahala dari amalan membaca al-quran boleh disedekah / disampaikan kepada si mati ialah As-Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf , Asy-Syaikh Mutawalli Asy-Sya’rawi , Prof Dr Wahbah Al-Zuhaily , Asy-Syaikh Abu bakar AL-Jazairi , Asy-Syaikh Sayyid Sabiq , As-Syaikh Muhammad Abdullah Al-Khatib dan ramai lagi.

Bagi golongan yang tidak mengharuskannya pula ialah terdiri dari kalangan Ulama2 Mazhab As-Syafie dan Maliki.Golongan ini meletakkan perbezaan diantara ibadah yang boleh digantikan dengan orang lain yang mana pahalanya boleh dihadiahkan kepada simati dan ibadah yang tidak boleh digantikan dengan orang lain yang pahalanya tidak boleh dihadiahkan kepada si mati. [Al-Azkar , Imam Nawawi , Hasiyah Ad-Dusuki]

Sebenarnya perbahasan terhadap permasalahan ini adalah sangat panjang berdasarkan kepada dalil-dalil yang dipegang oleh setiap golongan.Cukup sekadar kami nyatakan disini bahawa dalam masalah ini ianya telah dibahaskan dengan panjang lebar sejak zaman berzaman oleh ramai para alim ulama.

Manakala bagi persoalan mengambil upah membaca al-Quran ini juga ianya terbahagi kepada 2 pendapat seperti berikut :

Golongan pertama : Melarang sama sekali seseorang mengambil upah membaca al-Quran untuk simati.Pendapat ini adalah pendapat yang masyhur dari kalangan ulama-ulama mazhab Hanafi , Hanbali , Maliki , dan Syafi’ie.

Golongan kedua : Manakala bagi golongan ini yang terdiri dari kalangan ulama muataakhirin Mazhab Maliki dan Syafi’ie , hukumnya harus mengambil upah membaca Al-Quran.

Perbahasan bagi persoalan ini juga sangat panjang , cukup sekadar kami nyatakan disini bahawa Syeikhul Islam Ibn Taimiyah dalam Majmu’ al-Fatawanya 23/673 menyatakan :

Mengambil upah membaca al-Quran adalah tidak dibenarkan oleh seorang pun dari kalangan ulama.

Untuk mendapatkan perincian dan perbahasan yang lengkap , kami cadangkan agar saudara dapat mebaca buku “Fiqh Perbandingan , isu-isu Fiqh terpilih , oleh Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Terbitan Pustaka Al-Hidayah ,2007.

In sya Allah bermanfaat.

WA

0 comments:

Post a Comment