09 March 2009

Pahala Membaca Hadis Dalam Bahasa Arab

Salam

Adakah wujud ganjaran yg diketahui jika bila mana kita membaca hadis itu dalam bahasa Arab yang asalnya sebelum membaca terjemahan (harap ditimbangkan sama ada seseorang itu faham bahasa Arab atau tidak), atau memadai dengan membaca terjemahan sahaja?

Ini berikutan dengan ganjaran utk bacaan Quran - jika membaca dalam bahasa Arab, sudah pasti ada ganjaran.

Wassalam

***********
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab pertanyaan daei wannabe dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Secara umumnya, melakukan sesuatu yang baik (yang bukan bid'ah) sudah pasti akan mendapat ganjaran dari Allah swt. Membaca hadith didalam bahasa asal (b.arab) merupakan satu sunnah, oleh kerana menurut Ibn Taimiyah, B.Arab itu sendiri merupakan sebahagian dari Islam. Bagi faedah mereka-mereka yang lain yang mendengar, eloklah diterjemahkan selepas dibaca teks asalnya.

Sheikh Islam Ibn Taimiyah didalam buku Iqtidaa’ al-Siraat al-Mustaqim (2/207) telah memetik beberapa riwayat sahabat mengenai penggunaan b.arab ini, diantaranya :

a. Menurut riwayat Abu Bakr ibn Abi Syaibah pernah berkata : Isa ibn Yunus memberitahu kami, dari Umar ibn Yazid bahawa Umar telah menulis kepada Abu Musa Al-Asha'ari dan berkata :

فتفقهوا في السنة وتفقهوا في العربية وأعربوا القرآن فإنه عربي

"Pelajarilah Sunnah dan belajar b.arab; pelajarilah Al-Quran didalam b.arab, maka sesungguhnya ia didalam b.Arab"

b. Riwayat dari Umar r.a., dia berkata :

تعلموا العربية فإنها من دينكم وتعلموا الفرائض فإنها من دينكم

"Pelajari b.arab kerana ia sebahagian dari agama kamu, dan pelajarilah faraid, kerana ini adalah sebahagian dari agama kamu"

Menurut Ibn Taimiyah :

وهذا الذي أمر به عمر رضي الله عنه من فقه العربية وفقه الشريعة يجمع ما يحتاج إليه لأن الدين فيه فقه أقوال وأعمال ففقه العربية هو الطريق إلى فقه أقواله وفقه السنة هو الطريق إلى فقه أعماله ..

"Arahan Umar untuk mempelajari b.arab dan Syariah, mencantumkan perkara yang diperlukan, kerana agama memerlukan memahami 'perkataan' dan 'amalan'. Memahami b.arab ialah cara memahami perkataan-perkataan Islam, dan memahami Sunnah ialah cara memahami amalan didalam islam"

Begitulah serba sedikit beberapa kata-kata para sahabat yang menunjukkan betapa kait-rapatnya b.arab dengan sunnah dan juga al-Quran. Wallahu'alam.

-wassalam-

0 comments:

Post a Comment