13 March 2009

Berdoa Tanpa Mengangkat Tangan

Guest

Berdoa tanpa mengangkat tangan,bolehkah???


***********
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InsyaAllah.

Secara ringkasnya, pada umumnya mengangkat tangan ketika berdo'a adalah mustahab (digalakkan), dan menurut Dr Said Ali Wahf al-Qahthani, mengangkat tangan ketika berdo'a merupakan salah satu cara agar do'a dikabulkan Allah [al-'ilaaj bi al-Ruqaa, ms 12]. Mengangkat tangan ketika berdo'a menunjukkan betapa seriusnya seseorang hamba yang hina memohon bantuan dari Allah swt.

Walaubagaimanapun, tidaklah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang membaca do'a tidak mengangkat tangan, lebih-lebih lagi do'a-do'a ringkas eg: do'a bangun tidur, do'a pakai baju, do'a masuk masjid, do'a masuk dan keluar jamban dsb. Begitu juga dengan do'a ketika memandu, tidak perlulah seseorang itu mengangkat tangan.

Ada juga didalam beberapa situasi, tidak dibenarkan seseorang itu mengangkat tangan eg: Imam berdo'a didalam Khutbah Jumaat, membaca do'a ketika duduk diantara 2 sujud, membaca do'a sebelum salam selepas membaca tahiyat akhir. WA.

Sila lihat SoalJawab yang lalu mengenai hukum mengangkat tangan ketika berdo'a:-

Doa dan Caranya

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment