11 March 2009

Salawat Sepuluh Hajat?

tanpanamaX

adakah wujud pelbagai selawat??? .saya telah membeli sebuah album yg bertajuk selawat 10 hajat ,yg dilagukan oleh satu kumpulan nasyid.
dalam album tersebut ada pelbagai jenis selawat.

ada selawat pelindung diri, selawat murah rezeki, selawat menanam kasih sayang, selawat menghindari masalah , dan lain2,

dalam album itu juga ada disertakan fadilat setiap selawat.

bolehkah kita amalkan selawat tersebut??

*************
thtl

الجواب

Syaikh Bakar bin Abdullah Abu Zayd, seorang ulama' tersohor KSA dalam kitabnya Tash-hih adDhu'aa, cetakan pertama, Riyadh: Daar alAsyimah, 1999 menjelaskan selawat-selawat itu kebanyakan diada-adakan oleh golongan tareqat. Antara selawat ciptaan yang masyhur ialah Selawat al-Masyisyiyah (tareqat syaziliah mesir), selawat Rifa'iyah, selawat fatih (tareqat Tijaniah), selawat dardiyah, selawat Jauharat alKamal, dsbnya.

Setiap tareqat mempunyai bentuk selawat mereka sendiri dengan di war-warkan pelbagai pahala yang tak masuk akal. (ms 332)

Amat malang sekali jika selawat-selawat bid'ah itu disalurkan melalui industri nasyid kerana kita memang tahu industri Nasyid tanah air tidak dipantau akan senikata dan liriknya. Kita pun memang tahu ada banyak lirik-lirik nasyid yang bercanggah dengan tawhid dan ujudnya pelbagai bentuk bid'ah.

Bahan bacaan yang mudah difahami ialah karya Kapten HafizFirdaus yang berjodol,"Marilah kita berselawat ke atas RasuluLlah SAW" terbitan Penerbit Jahabersa, JB (ISBN # 983-077-662-X), di mana Kapten menjelaskan beberapa contoh selawat yang bid'ah antaranya selawat Syifa'. sekian

0 comments:

Post a Comment