07 March 2009

Ucapan Innalillah Terhadap Kematian

Salam

Sudah agak lama tidak bertanya soalan kepada para ustaz sekalian. Soalannya, apakah hukum jika kita menerima berita kematian sahabat kita yg bukan beragama Islam dan kita ucapkan "Inalillah hi.....sampai akhir..." . Adakah itu dikira sebagai doa? :confused:Sedangkan ertinya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Dan semua manusia itu berasal dari Allah dan kelak akan kembali kepadaNya.
Wallahualam, Terima Kasih.

*******************
pendekar

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara semut api dan selamat kembali ke al-Ahkam Online yang berwajah baru .

Sebagai menjawab soalan saudara ;

Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya .
( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .

Firman Allah mengenai ucapan ini :

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155

Dengan itu apa yang saudara lakukan ( membaca INNA LILLAH ….) apabila mendapat berita kematian seorang yang bukan Islam TIDAKLAH SALAH dan TIDAKLAH DIANGGAP SEBAGAI DOA KEPADANYA serta TIDAKLAH PULA DIANGGAP MENDOAKAN RAHMAT KE ATAS ROH SI DIA ( Yang Bukan Islam itu ) .

Apa yang saudara ucapkan itu hanyalah sebagai TAZKIRAH ( Peringatan ) kepada diri sendiri dan kepada orang yang memahami perkataan itu bahawa ucapan itu membawa erti: “ Betapa hebat, sombong , megah , takbur , besar diri dan gagahnya kita , kita tidak akan “ menongkat langit “ , dan sebagai mana kita berasal daripada Allah Ta’ala ( lahir dengan taqdir-Nya ) maka begitulah juga kita akan pergi menemui-Nya kelak ( yang juga merupakan taqdir-Nya ) " .

Dan benar kata saudara : “ Orang bukan Islam yang mati itu pun adalah salah-satu makhluk Allah Ta’ala , dan tidak syak lagi dia juga mati dan “ kembali “ ke Allah Ta’ala “

Itulah dia niat saudara sebagai mana yang saya fahami daripada luahan saudara . Dan setiap amalan itu bergantung kepada niat dan niat saudara menyebut perkataan itu ternyata tidaklah salah . :yess

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين


و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment