15 March 2009

Qarin

Postby Islah »

Salam,

diminta panel ahkam jelaskan apa itu 'Qarin'? Mmg lagi bertambah keliru dgn emel pasal 'Qarin' ni. Takut syirik je.


********************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Islah dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Qarin adalah sejenis Jin yang berdamping dengan manusia, dan menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan Qarin Nabi:saw yang telah ditundukkan. Firman Allah swt:-

(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu. [Surah Qaf : 27-29].

Menurut Ibn Kathir rh, ayat "(Qarin) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata", Ibn Abbas ra, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'syaitan' yang ditugaskan berdamping dengannya.

Disifatkan bahawa Qarin ini pada hari Kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman swt menyatakan tugasan Syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia :-

"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." [Surah Ibrahim : 22]

Ibn Kathir rh menerangkan bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan Qarin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah swt mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain. [Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim - Umdah al-Tafsir 'an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa' 2003. syiekh Ahmad Muhammad Syakir]

Satu persoalan yang timbul, adakah Qarin Nabi :saw juga seperti Qarin manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Tetapi, menurut Syeikh Wahid Abdus Salam Bali, Dr Umar Sulaiman al-Ashqar berkata bahawa seorang manusia boleh menundukkan Jin pendampingnya (qarin) kemudian dia masuk Islam, sebagaimana Riwayat Ahmad dan Muslim : dari Abdullah ibn Masud berkata : Rasulullah :saw berkata :-

"Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : Walaupun kamu Ya Rasulullah?, Baginda menjawab : Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan saya selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" [Riwayat Muslim]

Kata Syiekh Wahid Abdus Salam Bali : al-Ashkar secara tegas mengatakan setiap orang Islam mampu menundukkan Jin pendampingnya. Sebenarnya, bukanlah begitu, kerana kenyataan hadith tersebut secara zahirnya menunjukkan perkara tersebut khusus untuk Nabi :saw. Barang siapa yang mengambil hadith ini secara umum, hendaklah dia mengemukakan dalil, dan tidak ada dalil baginya yang aku ketahui, Umar bin Khtattab yang terkenal dengan kuat aqidahnya dan mantap agamanya, ditakuti oleh syaitan, akan tetapi tidak mampu mengislamkan syaitan pendampingnya.[Wiqayatul Insaan min al-Jin wa al-Syaitan, Syiekh Wahid Abdus Salam Bali, ms 45. Dar Ibn Rajab, 2001]

al-Hafiz Imam Nawawi rh. didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan, bahwa terdapat dua tafsiran kepada hadith diatas menurut bacaannya :

a. Fa aslamu - Yang bermaksud - "Dan saya selamat darinya" (eg. pandangan Al-Khattaabi)

b. Fa aslama - Yang bermaksud - "Dan dia menjadi Islam" (eg. pandangan al-Qaadi ‘Iyaad).

Kedua-dua pandangan ini menunjukkan bahawa Qarin Nabi :saw tidak boleh mengganggu baginda :saw. Tidak kiralah samaada baginda di selamatkan oleh Allah swt atau Qarin beliau di Islamkan. Yang penting, baginda terpelihara dari gangguan Qarin.

Secara umumnya :-

a. Qarin adalah dari kalangan Jin dan berada pada setiap orang, dan dia menghasut manusia kearah kejahatan.

b. Hanya Qarin Nabi :saw yang dapat ditundukkan, kerana hadith tersebut khusus hanya kepada Nabi :saw dan bukan kepada insan lain.

c. Qarin dan Manusia akan mengadap Allah swt kelak di hari Akhirat.

Sekian, wassalam.

1 comments:

zubad said...

qarin berarti teman, dia adalah teamn yang selalu menyertai manusia sampai mati, apakah qarin juga diyakini ada dalam agam selain islam, tolong jelaskan kirimkan email ke zubadmuhammad@yahoo.com
tolong jawabanya disertai kitab rujukan, karena ini masalah keyakinan

Post a Comment