07 June 2009

Salawat Dipermudahkan Urusan Haji

NAYZS

Assalamualaikum ustaz,

Harap ustaz dapat terangkan mengenai selawat dimudahkan menunaikan haji.

Terima kasih.

******************
al-jawhar
Panel Feqh

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Adakah yang dimaksudkan dengan selawat dimudahkan menunaikan haji adalah selawat seperti dibawah ini :

اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تبلغنا بها حج بيتك الحرام وزيارة قبر نبيك عليه افضـل الصلاة والســـلام في لطف وعافية وسلامة وبلوغ المــرام وعلى اله وصحبه وبارك وسلم . الصلاة والسلام عليك يا سيدي يا رسول الله خذ بيدي قلت قيلتي ادركني.

Fadhilatnya seperti yang tertulis dalam buku 99 Selawat Nabi saw oleh Drs.Hanafi Mohamed : Sekiranya dibaca 1000 kali akan dipermudahkan untuk menunaikan haji.

Tahqiq:

Kami tidak menjumpai sebarang riwayat yang sahih berkenaan dengan jenis serta fadhilat / kelebihan selawat tersebut.Berkemungkinan ianya adalah dari sumber yang dhoif atau palsu.Ini kerana sesungguhnya ia bertentangan dengan fitrah dan kewarasan aqal manusia kerana hanya dengan membaca 1000 kali , individu yang membacanya akan dimudahkan untuk menunaikan haji.

Riwayat tersebut juga hampir sama dengan satu riwayat palsu (maudhu’) yang menyebutkan bahawa barangsiapa membaca surah al-waqi’ah sebanyak 40 kali akan diberikan rezeki melimpah ruah.

WA

2 comments:

razali said...

Mahu bertanya mengenai upah mengerjakan haji. Bagaimana kedudukan orang yang mengupah haji jika org yg diupah itu tidak dapat melakukannya? cth jika org yg diupah itu jatuh sakit di Tanah Suci atau berlaku perkara yg menghalangnya. Adakah org mengupah sudah dikira naik haji? sedangkan org yang diupah tidak melakukannya?
terima kaih

Post a Comment