21 July 2009

Zikir Dengan Lafaz Allah, Allah...

SOALAN:
salman_farisi

Salam

disini sy ade soalan tentang berzikir,bolehkah berzikir dengan berulang-ulang kali melafzkan "ALLAH" berulang kali?

Wassalam


JAWAPAN:
Abu_Umair
Panel Feqh

Waalaikumussalam.

Boleh rujuk artikel Syeikh alitantawi bertajuk: zikir Allah..Allah..Hu..Hu..Ah..Ah...

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14909 (lihat di bawah).

Wallahu A'lam.


*********************
Berikut adalah beberapa fakta tentang zikir Allah..Allah, Hu…Hu dan Ah..Ah…:

Berdasarkan pembacaan, perbincangan dan sesi pembelajaran , saya cuba membuat beberapa kesimpulan seperti berikut:

1- Ia tidak ada di dalam hadith-hadith sahih.

2- Ia tidak pernah dibuat oleh para sahabat

3- Ia tidak pernah dibuat oleh para imam mazhab yang empat (Abu Hanifah, Malik, al Syafie, Ahmad)

4- Ia tidak ditemui dalam buku al Adzkaar karya al Nawawi yang mengumpulkan zikir-zikir yang ada dalam hadith. Di dalam al Adzkaar terdapat juga hadith yang tidak sahih tetapi masih tiada disebut tentang zikir seperti di atas.

5- Ia tidak membawa maksud yang lengkap, tiada pujian dan sanjungan kepada Allah.

6- Ia tidak mempunyai apa-apa kelebihan pahala kerana yang boleh menyatakan kelebihan pahala hanya Allah dan Rasulullah SAW.

7- Sekiranya ia mempunyai kelebihan tertentu, ia masih tidak dapat menandingi kelebihan zikir-zikir yang pernah diajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat.

8- Sekiranya ia dibolehkan, kita tidak boleh menyatakan ia sebagai sunat atau digalakkan atau wajib dan sebagainya kerana hukum memerlukan kepada dalil.

9- Sekiranya kita melebihkan zikir seperti di atas melebihi zikir yang diajar oleh Rasulullah , ia merupakan satu kesalahan.

10- Sekiranya kita berzikir seperti di atas dan meninggalkan zikir-zikir Rasulullah, maka ia adalah satu perkara yang merugikan. Kalau nak buat dua-dua dan kalau sempat, terpulanglah.

11- Sekiranya kita ingin mengamalkan zikir di atas hanya kerana zikir itu pernah dibuat oleh guru kita, ia adalah satu perkara yang masih boleh dibincangkan kerana guru kita tidak maksum. Mungkin dia tersilap kerana dia bukan Nabi.

12- Semua fakta di atas adalah hasil daripada pembacaan saya yang serba kekurangan. Sekiranya ada dalil yang menyokong zikir Allah…Allah atau Hu..Hu…atau Ah…Ah…saya sedia menambah fakta seterusnya iaitu ‘kita digalakkan berzikir dengan cara menyebut Allah..Allah…Hu..Hu…dan Ah…Ah…'

0 comments:

Post a Comment