11 March 2009

Mendoakan Orang Bukan Islam

salahuddin

Razz assalamualaikum kepada panel al-ahkam

saya ingin bertanya satu soalan

soalanya

adakah seorang muslim boleh mengucapkan 'bless u' kepada org bukan muslim yang mengucapkan 'bless u' kepadanya apabila dia bersin ?

adakah perbuatan tersebut sama dengan mendoakan kesejahteraan kepada org kafir ?

************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr salahuddin dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tidak menjadi kesalahan seseorang Islam mendo'akan keatas orang bukan Islam yang masih hidup. Kita boleh mendo'akan kesehatan mereka (bless you), lebih-lebih lagi mendo'akan agar hati mereka terbuka kepada Islam.

Malah, seseorang Islam dibenarkan memberi sedekah kepada orang bukan Islam yang memerlukan pertolongan. Yang di larang adalah pemberian zakat keatas mereka. Orang kafir yang diberikan sedekah itu bukanlah dari mereka yang memerangi orang Islam.

Membantu diantara satu sama lain (baik orang Islam atau bukan Islam) kearah kebaikkan didalam ruang lingkup yang luas merupakan seruan Islam, firman Allah :-

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ
"hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). " [surah al-Maaidah 5:3]

Apa yang dilarang ialah mendo'akan keatas orang bukan Islam yang sudah mati. Firman Allah swt :-

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. " [Surah al-Taubah : 113]

Sekian, wassalam

1 comments:

Anonymous said...

Asslmualaikum, ape pula hukum nye jika kita menucap kn slamat di hari perayaan mereka??(e.g happy new yr, merry christmast dll..) mohon penjelasaan. Jazakallah khair

Post a Comment