07 March 2009

Amalan Rabitah Tareqat Naqsyabandi

Salam

Apakah hukumnya amalan rabitah (harap2 istilahnya betul) sepertimana yang diamalkan di dalam Tariqat An-Naqsabandiyyah (al-Khalidiyyah)?

Wassalam

*****************
thtl
Wassalam

Jawab:

Rabitah itu bermaksud mengikat, maknanya wirid dan zikir2 yg perlu diamalkan sentiasa utk mengikat ahli dgn pergerakan itu yakni meningkatkan kesatuan dan kecintaan pada tariqat itu terutama syaikh2nya.

Adapun wirid dan zikir yg dikarang oleh kumpulan tariqat itu dinamakan zikir dan wirid khusus, manakala pada sisi pandangan mereka, zikir dan wirid2 yg berasal dari alQur'an dan asSunnah hanya dianggap zikir dan wirid umum sahaja. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani (alUbudiyah/117) membid'ahkan wirid2 khusus kaum tariqat ini. Kecuali aurad dan zikir2 itu berasal dari alQur'an dan asSunnah, maka ia tidak bid'ah. WA

**************
ARTIKEL TENTANG RABITAH NAQSYABANDIAH

MAAF ADA AYAT ALQURAN YANG ANA X DAPAT SEDIAKAN DARI MANA SURAAHNYA...

Setelah suatu ketika dahulu kami perkatakan tentang Tariqt Naqsyabandiah secara umum dan telah diterang akan batilnya amalan tariqat ini berzikir Allah, Allah... Maka kali ini kami akan menjelaskan 1 lagi masalah besar dalam tariqat naqsyabandi iaitu rabithah.

Apa makna Rabithah?
“Menghadirkan rupa guru atau syeikh ketika hendak berzikir”

Jenis dan kaifiat Rabithah:
Rabitah ada yang jenisnya Rabithah orang hidup dan ada Rabithah mayat.
Antara kaifiat rabithah adalah membayangkan mursyid di kiri dan kanan dengan memusatkan rohani syeikh sampai terjadi perkara yang ghaib.dilakukan berulang kali sampai fana’ atau lebur. Ataupun membayangkan guru ditengah-tengah dahi.
Adapun jika mayat dan berabithah di kubur,maka ia harus terlebih dahulu memberi salam dan tegak berdiri dekat kakinya, meletakkan tangan kanan atas tangan kiri atas dari pusat dan menundukkan kepala seraya membaca Al-Fatihah 1 kali, Al-Ikhlas 11 kali, Ayatul kursi 1 kalidan menghadiahkan bacaan pada mayat. Kemudian duduk dekat kubur sambil memusat rohaniah mayat tadi dan mengharap limpahannya.
Sesaiapa yang bertawajjuh dengan rohaniah Nabi di maqam baginda di Madinah akan bertambah rohaninya begitu juga ke arah ruh-ruh wali di kubur mereka.

Faedah Rabithah:
“ Barangsiapa berhubungan terus-menerus dengan rabitah niscsaya terjadilah atas dirinya peristiwa-peristiwa tariqat dan kesempurnaan hakikat. Tetapi sebaliknya barangsiapa tidak ber-rabithah niscaya terputus limpahannya dan tidak akan muncul rahsia kebesaran Allah kepadanya”.
Dalil:

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Alasan mereka mengikut itu perlu kepada melihat, melihat itu boleh pula dengan khayalan seperti rabithah.
Dalil dari As-Sunnah pula:

أن أبا بكر الصديق شكا للنبي صلى الله عليه وسلم عدم انفكاكه عنه حتى في الخلاء

Bahawa Abu Bakar As-Siddiq mengadu kepada Nabi S.A.W. akan tidak putus-putusnya dirinya dari Rasulullah S.A.W walaupun dalam tandas.
Hadis ini dikatakan diriwayatkan oleh Bukhari namun telah kami cari dalam sunan sittah tiada kami jumpai.

Jawapan dan bantahan:

1. Rabithah tiada dalam nas yang soheh lagi soreh

2. Dalil-dalil yang dikemukan adalah batil dari segi wajah istidlalnya.

3. Golongan Tasawwuf menolak ulama’ dan menganggap mereka maksum kerana mentafsir sendiri Al-Quran tanpa merujuk ulama’ muktabar.

Tafsir sebenar ayat di atas:

Makna sebanr ayat 35 surah Al-Maidah :

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

Pada ayat yang dihitamkan itu,” dan carilah jalan yamg boleh menyampaikan kamu padaNya” bukanlah bermakna rabithah tetapi ‘amalan-amalan soleh yang telah diajar Rasulullah S.A.W.

Abu Ja’far At-Thobari dalam tafsir nya menyatakan pendapat ulama’ tafsir akan makna ayat ini:

عن السدي:"يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة"، قال: فهي المسألة والقربة.

Daripada As-Suddiy: “ ia adalah do’a dan amalan soleh”

عن مجاهد:"وابتغوا إليه الوسيلة"، القربة إلى الله جل وعزّ.

Daripada Mujahid: Amalan taqarrub pada Allah S.W.T.
Berkata pula Ibn Kathir:

قال سفيان الثوري، حدثنا أبي، عن طلحة، عن عطاء، عن ابن عباس: أي القربة. وكذا قال مجاهد [وعطاء] وأبو وائل، والحسن، وقتادة، وعبد الله بن كثير، والسدي، وابن زيد.

“Berkata Sufyan As-Saury, Mengkhabarkan kami bapaku,dari Thalhah dari ‘Atha’ dari Ibn ‘Abbas: Iaitulah Qurabah (amalan soleh) dan demikian pula perkataan Mujahid, Atha’, Abu Wail, Al-Hasan, Qatadah, Abdullah bin Kathir, As-Suddi dan Ibn Zaid”.

Jelas di sini tafsiran ini adalah disepakati mufassirin tiada ikhtilaf padanya.

وقال قتادة: أي تقربوا إليه بطاعته والعمل بما يرضيه

“ Berkata Qatadah : Yakni mendekatlah padaNya dengan mentaatiNya dan beramal dengan apa yang diredhaiNya”.

Ayat ini seperti disebut Ibn Zaid ditafsir oleh ayat yang lain:

orang-orang Yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang Yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; Sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara Yang semestinya) ditakuti.

وقرأ ابن زيد: { أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ } [الإسراء:57]


Dan membaca Ibn Zaid (ketika mentafsir ayat ini) :
أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ

Dalam Tafsir Jalalain disebut:

{ وابتغوا } اطلبوا { إِلَيهِ الوسيلة } ما يقرّ بكم إليه من طاعته

“ Tuntutlah apa yang dapat mendekatkan kamu padaNya dengan mentaatinya”.

Dalam Tafsir Ibn Ajibah seorang sufi penyokong Ibn Arabi menyebut:

أي : اطلبوا ما تتوسلون به إلى رضوانه ، والقرب من جناب قدسه من الطاعات ، وترك المخالفات

“ Yakni: tuntutlah apa yang dapat menyampaikan kamu pada keredhaanNya dan dekat pada sisi kesucianNya dengan amalan taat dan meninggalkan munkar”.

Lihatlah betapa Naqsyabandi menolak ulama’ dan menolak ulama’ tasawwuf sendiri.


Adapun tafsir ayat kedua maka Ibn Kathir mempunyai perkataan yang sangat tepat atas puak-puak bidaah ini:

هذه الآية الكريمة حاكمة على كل من ادعى محبة الله، وليس هو على الطريقة المحمدية فإنه كاذب في دعواه في نفس الأمر، حتى يتبع الشرع المحمدي والدين النبوي في جميع أقواله وأحواله، كما ثبت في الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال: "مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عليه أمْرُنَا فَهُوَ رَدُّ" ولهذا قال: { قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ } أي: يحصل لكم فوق ما طلبتم من محبتكم إياه، وهو محبته إياكم، وهو أعظم من الأول، كما قال بعض الحكماء العلماء: ليس الشأن أن تُحِبّ، إنما الشأن أن تُحَبّ وقال الحسن البصري وغيره من السلف: زعم قوم أنهم يحبون الله فابتلاهم الله بهذه

“ Ayat yang mulia ini menghukum atas semua yang mendakwa mencintai Allah sedangkan dia tidak mengikut jalan syariat Muhammad S.A.W. maka dia adalah pendusta dalam dakwaannya sehinggalah dia mengikut syariat Muhammad S.A.W dan Agama Nabawi dalam semua keadaannya dan perkataannya seperti mana telah tsabit dalam sahih perkataan baginda: Sesiapa yang beramal dengan bukan amalan (syariat) kami maka amalannya tertolak. Oleh sebab itu Allah berfirman (maksudnya): Jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku (ikut syariat Nabi) maka nescaya Allah akan mencintai kamu”.Yakni kamu akan mendapat lebih dari apa yang kamu minta iaitu mencintaiNya bahkan kamu akan mendapat kecintaanNya pada kamu dan itu lebih besar dari yang pertama seperti mana kata Hukama’: Bukanlah kedudukan itu kamu mencintai tetapi dicintai. Dan berkata Al-Hasan Al-Basri dan lainnya dari salaf: Menyangka satu kaum mereka mencintai Allah maka Allah menguji mereka dengan ayat ini”.

Ayat ini juga ditafsirkan ayat selepasnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang kafir.

Lihatlah betapa Ahli Sunnah tidak sama sekali menyatakan sebaliknya dari maksud Al-Quran dan As-Sunnah dan lihat juga betapa beraninya naqsyabandi menolak ulama’ muktbar hanya kerana mursyid mereka yang bukan setakat cetek ilmu bahkan antara ayat quran dengan hadis dan sya’ir arab pun tak reti nak bezakan.

Lihatlah hadis ini:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ فِي الْقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Dari Ibn Abbas R.A katanya: Bersabda Rasulullah S.A.W : Sesiapa yang berkata (mentafsir) akan Al-Quran tanpa ilmu maka sediakanlah tempat duduknya dalam neraka.

Lihatlah betapa beraninya mereka mempermainkan Al-Quran menurut hawa nafsu tanpa memikirkan azab di akhirat.

Adapun hadis yang didatangkan mereka itu tiadalah dijumpai dalam Sahih bukhari mahupun sunan sittah.

Ini satu pembohongan atas nama Nabi S.A.W wal’iyazubillah.

0 comments:

Post a Comment