11 March 2009

Hukum mengaminkan doa masa khutbah

amrizal

Salam

Saya ade kekeliruan disini mengenai hukum mengaminkan bacaan doa Imam dengan kuat semasa khutbah ke2, adekah perlu menangkat tangan dan mengaminkan dengan kuat?

Syukran

********
thtl

Wassalam

alJawab:

Tidak perlu baik bagi khatib atau makmum. Dalilnya: Dari Anas ra,
bahawa RasuluLlah saw tidak pernah mengangkat kedua tangannya dalam suatu do'apun kecuali solat istisqa'." (Bukhari-Muslim)

Hukum makmum dan Imam mengangkat tangan adalah makruh menurut Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (alIkhtiyarat/48), tidak sunnah menurut Imam Nawawi (syarh Sahih Muslim 6/411; dianggap bid'ah oleh al-Albani (ahkam alJumu'ah wa bid'ihaa), dan Abu Syamah (alBa'iths/63)

***********
mujahid

aslm wbt

bgmana dgn mengaminkan?

wkt antara 2 khutbah adakah makmum boleh berdoa dgn perlahan tanpa mengangkat tgn?

dan doa di khutbah kedua sblm tamat khutbah, adakah makmum perlu aminkan doa imam tanpa mengangkat tgn

***************
thtl

wsm,

aljawab:

1. mengaminkan do'a khutbah adalah sunnah menurut empat madzhab (Syaikh Bakar Abu Zayd, tashhih adDhu'aa/216)

2. berdo'a antara dua khutbah adalah dituntut bahkan ia terbuka sa'at Imam berkhutbah hingga waktu Asar. Kalau dia nak angkat tangan pun boleh sebab itu doa peribadinya.

3. makmum sepatutnya mengaminkan do;a khatib secara perlahan. mengikut Hanafiah kena aminkan dalam hati.

sekian

0 comments:

Post a Comment