06 June 2009

Daftar Blog Untuk Feed Burner

Saya ketinggalan zaman tak tau Google dah ambil alih FeedBurner, tak ada orang bagi tau. Panduan terpaksa tukar buat yang baru, panduan lama dah tak boleh pakai.

Log masuk guna butir-butir akaun Google:
Lepas lago masuk dalam window My Feeds kita boleh pindahkan akun FeedBurner ke akaun Google dengan mengklik butang Claim your feeds now >>.  Ikut panduan yang disediakan oleh FeedBurner seterusnya.  Untuk dapat feed untuk blog anda masukkan alamat blog dalam ruangan Burn a feed right this instant, lepas itu klik Next:
Kemudian dalam window Identify Feed Source berikutnya tandakan butang radio pertama yang di atas (...../feeds/posts/default) dan klik Next:

Dalam window berikutnya anda boleh pinda atau tukar alamat feed dalam ruang yang ditunjukkan tertakluk kepada nama yang hendak digunakan belum digunakan oleh pihak lain, atau anda boleh guna alamat yang disediakan oleh FeedBurner.  Klik Next>> untuk seterusnya:

Selesai langkah pertama dan alamat feed blog anda telah diberi.  Sila catakan alamat feed yang diberi untuk dimasukkan kedalam Setting blog anda dan digunakan oleh pamir lima (5) pos-pos terkini dalam sidebar:

Jika anda ingin beberapa pilihan tambahan untuk feed anda boleh klik butang Next dalam gambar atas dan ikut panduan yang disediakan oleh FeedBurner.

Panduan feed management.    Klik Skip directly to feed management:-

Dalam window berikutnya klik Publicize:
Klik friendly graphic dalam window berikutnya untuk dapatkan feed chickletize:
Anda boleh pilih seberapa banyak ikon-ikon yang anda suka untuk dimasuk dan dipaparkan dalam sidebar blog anda (bila ada masa anda perlu daftar dengan setiap ikon yang anda pilih kemudian nanti).  Selepas memilih satu dengan menanda butang radio berkenaan, scriptnya akan terus keluar dalam ruangan HTML yang tersedia.  Highlight dan copy script yang tersedia dan masukkan dalam widget sidebar blog anda.  Ulang proses yang sama untuk ikon yang lain.  Jangan lupa lupa pilih Blogger dalam ruang Use as a widget in: 

Untuk masukkan alamat feed yang diberi ke dalam blog anda log masuk blogger dan pilih Site Feed di bawah Settings:


Masukkan semua ikon-ikon chicklet feeder yang dipilih di atas kedalam satu widget sidebar blog anda.  Pilih satu Add a Gadget yang berkenaan:

Dalam window Configure Add a Gadget pilih HTML/JavaScript:
Masukkan semua setiap satu script ikon-ikon yang dipilih dari FeedBurner di atas dalam ruangan Content window Configure HTML/Javascript:

0 comments:

Post a Comment