SOALAN:
Guest
Salam
1-Apakah benar ada amalan zikir yang boleh menyebabkan rasa panas?
2-Apakah benar GILA ISIM berlaku jika tidak mengamalkan zikir dengan betul?
JAWAPAN:
al-jawhar
Panel Feqh
Salam
Bismillahi wal hamdulillah ,
Sebenarnya tidak terdapat pun amalan zikir yang bila dibaca akan menyebabkan seseorang itu akan merasai kepanasan , kecuali jika individu tersebut ada mengamalkan suatu amalan yang bercanggah dengan Islam.
Seperti : Seseorang yang mengamalkan mantera2 sihir yang berlandaskan ilmu hitam untuk tujuan tertentu seperti kebal , pengasih , penggerun , penarik duit dan sebagainya.
Ini kerana , mereka yang mengamalkan ilmu hitam , tidak dibolehkan untuk membaca apa sahaja ayat atau zikir yang menyebut nama Allah swt.
Bagi persoalan kedua :
Gila Isim hanya berlaku kepada seseorang yang mengamalkan sesuatu isim atau bacaan-bacaan tertentu yang menyimpang dari ajaran Islam.Bila mana amalan tersebut tersalah digunakan atau tidak diamalkan dalam tempoh masa yang tertentu , akan mengakibatkan seseorang itu mengalami gangguan atau sakit yang kadang-kadang boleh membawa kepada gila , sewel , sasau dan sebagainya.
Sesungguhnya tidak ada istilah Gila Isim dalam ajaran Islam.Seseorang Muslim bebas untuk mengamalkan sesuatu zikir dan bacaan yang thabit asalnya dari Rasulullah saw atau yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim tanpa sebarang keraguan dan pantang larang.
WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
gila ISIM ni sebab seseorang tu cuba mencari zat Allah SWT yakni kung hi ZAT iaitu rabbani,rahsia kepada seluruh makhluk.....maka putuslah wayar akalnya yang terhad......
Amalan isim yg bole mnjadikan ssorng tu gila ialah isim yg menyebut-nybut nama jin, makhluk halus dan jauh dr menyebut nama Allah. Sbb yg brdemping dgnnya adalah apa yg disebutknya...so klu ble kita tingglkn. Lebih baik amalkan zikir2 Allah sprti mana yg dlkukan oleh wali2 zaman dulu..WA
Gila ISIM.....tah tak tau lak aku tapi aku pernah mengamalkan serapah mentera dan jampi untuk tujuaan untuk mengubat penyakit...yang ringgan ajer larr...tapi allhamdulillah sihat jer aku...aku berpegang dan percaya bahawasanya ALLAH SWT yang menyembuhkan penyakit bukan nya mentera,serapah atau jampi tu...tapi ianya perantaraan ajer..
XTAHU JANGAN CEPAT LETAK HUKUM.PI BELAJAR.ILMU TUHAN NI LAUTAN LUAS
that good knowledge right..
Post a Comment