09 July 2009

Bertawassul Dengan Asma Al Husna

SOALAN:

Guest

Salam,
Minta penjelasan mengenai bagaimana cara serta adab bertawassul dengan nama-nama Allah SWT dalam berdoa?Kalau boleh nyatakan contohnya sekali bagi memudahkan kefahaman orang-orang kurang jelas dalam perkara yang dibenarkan ini?


JAWAPAN:
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Tawassul dengan nama-nama Allah ialah menyebut namaNya ketika berdoa. Contohnya, jika berdoa keampunan, maka disebutkan, "Ya Allah, ampunilah aku kerana sesungguhnya Engkau adalah Al-Ghafur (Yang Maha Pengampun)".

Dalilnya, doa yang diajar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kepada Abu Bakr:

اللهم إني ظلمت نفسي ظلما كثيرا ولا يغفر الذنوب إلا أنت فاغفر لي مغفرة من عندك وارحمني إنك أنت الغفور الرحيم

Maksud doa: Ya Allah, sesungguhnya aku menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada siapa yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau. Maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariMu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau adalah Al-Ghafur (Yang Maha Pengampun) dan Al-Rahim (Yang Maha Mengasihani).
Direkod oleh Bukhari (no: 799) dan Muslim (no: 2705).

Atau boleh juga bertawassul dengan menyebut nama-nama Tuhan secara umum. Seperti dalam hadis:

أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya: Aku bermohon kepadaMua dengan setiap nama bagiMu, yang Engkau namakan diriMu dengannya, atau Engkau turunkannya dalam kitabMu, atau Engkau ajarkan seseorang daripada makhlukMu, atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisiMu, (aku bermohon) supaya Engkau jadikan Quran sebagai kerehatan hatiku, cahaya dadaku, penghilang dukaku dan penghilang keresahanku.
Direkod oleh Ahmad (no: 4301), Ibn Hibban (no: 972), Hakim (no: 1877).

Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment