07 June 2009

Zikir Menggunakan Asma Al Husna

zuljb

Salam Sauadara semua,

Maafkan saya kerana mengemukan soalan lagi, sesungguh saya tiada tempat mengadu melainkan pada saudara semua, bolehkah kita berzikir mengunakan nama-nama Allah dalam mengharapkan rahmat dan belasNya untuk membebaskan saya dari kesengsaraan dunia ini, kerana ini saja yang saya tahu kerana ader orang mengatakan pada saya ia adalah perbuatan bidaah dan syirik, saya keliru...maafkan saya atas kejahilan saya.


****************
kamin
Panel Feqh

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Umat Islam digalakkan apabila berdo’a, hendaklah menyebut Nama-Nama Allah yang baik, sebagai firmannya :

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.” [al-A’raaf : 180]

Sebagai contoh, didalam Musnadnya, Imam Ahmad rh ada mencatatkan bahawa Ibn Ma’sud ra. meriwayatkan bahawa Nabi saw pernah mengajar suatu do’a bagi seseorang itu mengatasi kesedihan. Doa tersebut adalah seperti berikut :-

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضُاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُهِفي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرآنَ الْعَظِيمَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجَلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي، إِلَّا أَذْهَبَ اللهُ حُزْنَهُ وَهَمَّهُ وَأَبْدَلَ مَكَانَهُ فَرَحً

“Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah Hambamu, anak kepada hamba perempuanmu, nasibku ditanganMu, keputusanMu mengenaiku sudah pun berlalu, Keadilan adalah qada’mu kepadaku. Aku menyeruMu dengan segala Nama yang engkau ada dan sebagaimana engkau memanggil diriMu, Turunkanlah bukuMu, diajar kepada semua makhlukmu, atau tersimpan dengan engkau di Alam Ghaib, iaitu disisiMu, Jadikanlah al-Quran yang mulia sebagai musim bunga hatiku, cahaya kepada dadaku, pembuang kepada kedukaan dan kesedihanku. Melainkan pasti Allah akan membuang kedukaan dan kesedihan dan mengantinya dengan kegembiraan” [Tafsir Ibn Kathir].

Do’a ini menjadi dalil keharusan menggunakan nama-nama baik bagi Allah swt didalam do’a dan munajat kepada kepada Allah swt.

Cuma tidak ada kaedah khusus yang diperuntukkan kepada seseorang agar membaca Asma’ al-Husna dengan jumlah yang tertentu, atau aturan nama-nama yang tertentu. Jumlah bacaan itu hanyalah amalan pribadi dan pengalaman masing-masing. Yang jelas, kita boleh menggunakan Asma’ al-Husna didalam do’a kita. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment