07 March 2009

Larangan Solat Jenazah Untuk Munafiqun

Assalamualaikum,

Saya terbaca beberapa Hadith serta ayat Al_Quran dalam Tafsir ibnu Kathir dalam perkara menyembahyangkan jasad munafiqun yang mana dilarang oleh Allah SWT, maaf saya terlupa ayat yang mana. Soalnya dalam huraian ada menyebut Hadith yang menyaran termasuk dalam ayat tersebut anatara lain bahawa apabila meninggalnya seorg muslim disarankan berdoa untuknya dan berdiri serta berada di kuburnya. Apakah ini landasan asal-usul talqin. Saya faham bahawa menurut semua aliran talqin ini bukanlah sunnah. Dan apakah tatacara kita berakhlak apabila berada di pengembumian seorg muslim menurut nas diatas atau nas-nas yg lain. JKK

***************
thtl

Wassalam

Jawab:

Larangan mensolati jenazah munafiqun itu ialah: atTawbah: 84. Tanda2 munafik itu diberitahu dalam ayat2: 47: 29-30 dan 63:7-8. Asbab nuzul (9:84) itu ialah peristiwa kematian Abdullah bin Ubay bin Salul. (HR Bukhari, atTermidhdhi dan Ahmad; Fathul Bari, 8: 270 dari Ibn Umar ra dari ayahnya Umar alKhattab ra)

2. Hadith yg dimaksudkan (anjuran berdo’a) ialah HR Abu Daud, alHakim, alBaihaqee dan Abdullah putra Imam Ahmad dari Uthman alAffan ra,” Adalah RasuluLlah saw apabila selesai memakamkan jenazah, sambil berdiri di sisi kuburnya bersabda,” Mohonlah ampunan bagi saudara kalian dan kemantapan untuknya, kerana dia sekarang akan ditanya.”

3. Hadith ni bukanlah landasan asal usul talqin. Malah hadith ni menyuruh orang yg hadhir agar berdo’a bukannya mentalqeen mayat sebagaimana yg diamalkan di Malaysia. Lihat archive kami mengenai Talqin.

4. Mengenai permintaan anda utk menerangkan tatacara, kaifiat dan adab semasa pengkebumian atau taracara kematian menurut sunnah, ia terlalu panjang dan akademik utk dipaparkan di sini, Cuma kami syorkan anda memiliki kitab Ahkam Janaiz karya alMuhaddith Nasiruddin Albani (versi Melayu terjemahan Jahabersa) di pasaran atau ringkasannya (Mukhtasar Ahkam alJanaiz) oleh Dr Abu Aminah Bilal Phillips (Pustaka AS Noordeen), WA

0 comments:

Post a Comment