10 March 2009

Buku Tentang Pahala Baca Quran Pada Simati

lavang

Salam

sesape dikalangan panel fiqh yg penah bace buku karangan dr zulkifli al bakri(hukum bacaan al-quran pada si mati:adakah sampai pahalanya?) tolong le jawab soalan ana....dalam buku tu,die tulis pendapat bahawa pahala sampai kepada si mati adalah drpd mazhab hanafi,maliki,hanbali....ulama spt an-nawawi,al-subki,al-suyuti,ibn al-solah,ibn taimiyyah,ibn qayyim,abdul rahman al-jaziri,wahbah al-zuhaili,al-buti.....ramai lagi...betul ke????

*********
alitantawi

waalaikumussalaam...
setakat saya tahu, an nawawi menyebut dalam kitab al adzkar bahawa perkara ini dipertikaikan di kalangan ulama dan dia macam cenderung ke arah itu tapi tidak sepenuhnya. rujuk buku al adzkar. yang lain tak pasti

--------------tahqiq thtl

Kitab yang dimaksudkan ialah:

Jodol: Hukum Bacaan al-Quran untuk Si Mati - Adakah sampai Pahalanya?

Siri Hukum-Hakam Syari'ah & Kajian Ilmiah (2)
Khazanah Madaniyyah #4

Terbitan: Darul Fuqaha' Kajang
tebal : 50 hal. harga: RM 6.00

oleh: Ust Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri, Pensyarah Kanan UNITI, PD
Guru2 Dr Zul yg didakwanya ialah Syaikh Muhammad Mukhtar alSyinqiti di Madinah, prof Dr Mustafa alBughaa dan Dr Mustafa alKhin dari Egypt.

Buku ini sebenarnya adalah rasional kepada qarar (keputusan) mesyuarat AJK Syari'ah Negeri Sembilan (di mana Dr Zul) adalah ahlinya. AJK syari'ah NS meluluskan resolusi sampainya pahala baca al-Qur:an berdasarkan jumhur dan syafi'iyah yang muttakhirin.

Buku setebal 50 mukasurat menggunakan teknik CUT & PASTE sebenarnya tidaklah membawa masyarakat kepada kebenaran, melainkan ia menguatkan kecenderungan dan keputusan yang telahpun diambil dan diamalkan oleh masyarakat Malaysia.

Keputusan mesyuarat ialah kena mencari dalil-dalil seringkas mungkin untuk mengatakan bolehnya baca al-Qur:an kepada si mayyit. jika itulah yang kita hajati memang kita boleh menguatkan dengan segala rujukan yang bersimpang siur. lebih mudah lagi jika kita petik secara cut & paste.
Terutama sekali bila nama Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim dilibatkan, maka masyarakat akan tergamam kerana buat pertama kali dalam sejarah Ibn Taymiyah menyokong amalan baca alQur:an kepada mayyit di Malaysia. ini suatu jenayah berat kepada kehebatan dan kesalafiyahan Ibn Taymiyah.

Adapun petikan al-Azkar itu memang benar, bahawa pada mukasurat 164, alAzkar cet Daar alHadith , Cairo, 2003, dikatakan Imam Nawawi berkata sunat membaca al-Qur:an banyak2 ketika ziarah kubur.

Tapi dalam kitab2 beliau yang lebih masyhur spt Syarah sahih Muslim (Juz 1/ms 90) , pendapat masyhur di kalangan syafi'iyah ialah tidak sampai"
Begitu juga kitab induk yg lain spt alMajmu' syarah alMuhadzab, Imam nawawi akan menjelaskan pendirian Imam Syafi'iy.

Buku Dr Bakri ini tidak menyentuh cara masyarakat melayu membaca al-Qur:an kepada si mati, tapi hanya membicarakan hukum asas sahaja.
sekian

**********
alitantawi

Ibn Kathir dalam tafsirnya ketika mentafsirkan ayat 39 (kalau x salah) dlm surah an najm menyebutkan bahawa pendapat yg menyatakan tidak sampai pahala bacaan Al Quran kepada si mati adalah pendapat imam al Syafie dan Ibn Kahthir menyokong penuh.

Ibn Kathir menyatakan bahawa pendapat itu tepat kerana disokong oleh ayat tersebut dan jg disokong dengan fakta 'Rasulullah n para sahabat tak pernah buat n tak pernah suruh orang buat mcm tu', Ibn Kathir menambah lagi bahawa sekiranya perkara itu benar2 baik (jelas perlu dilakukan), maka sudah pastilah Rasulullah n para sahabat mendahului kita untuk melakukannya..
----------------------------
[tahqiq thtl

AQT 53:29 (dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya)

Tafsir Ibn Kathir, cetakan tahqiq oleh Pustaka Dar Ibn Haitham, cairo, edisi 2005, jilid 4/ ms 2732
------------------------------------

pendapat paling baik bagi saya...kalau org nak buat kita tak salahkan n tak kata bid'ah. tapi apa yang terbaik? jawapannya ada pada anda.

0 comments:

Post a Comment