24 March 2009

Tutup cermin waktu kematian

NAYZS

Assalamualaikum ustaz,

Ada tuanrumah yang cover cermin-cermin muka/mirror di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.
Terima kasih

************
al-jawhar
Panel Feqh

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut.Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa , cermin hanya digunakan oleh simati ketika hidupnya sahaja…Apabila telah mati , cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut kepercayaan kuno masyarakat hindu , ruh atau “hantu” tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut , setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup.

Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.

WA

doa pengantin malam pertama

Guest
Maqam 4

assalamualaikum...

adakah terdapat doa yang sunat dibaca oleh pengantin pada malam pertama?
Sekian


*************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Diceritakan bahawa Ibn Mas'ud mengajar supaya apabila mahu mendatangi isteri pada malam pertama, elok membaca doa:

اللهم بارك لي في أهلي وبارك لهم فيّ اللهم ارزقني منهم وارزقهم مني اللهم اجمع بيننا ما جمعت بخير وفرق بيننا إذا فرقت إلى خير

Maksudnya: "Ya Allah, berkatilah aku pada keluargaku, dan berkatilah mereka padaku. Ya Allah, kurniakan kepadaku rezeki daripada mereka, dan kurniakan mereka rezeki daripadaku. Ya Allah, himpunlah antara kami dengan kebaikan selagi Engkau himpunkan kami. Dan pisahkanlah antara kami kepada kebaikan jika Engkau pisahkan antara kami".
Direkod oleh Abdul Razzak (no: 10461), dan Thabarani dalam Mukjam Kabir (no: 8993).

Walaupun doa ini tidak sabit dalam sunnah Nabi SAW, tetapi boleh beramal dengannya kerana tidak disyaratkan dalam berdoa menggunakan hadis-hadis sahih.

Wallahu A'lam.

Doa berjemaah

Guest

Salam

Apa hukumnya jika seseorang berdoa untuk sesuatu majlis eg: majlis makan malam. dan diaminkan oleh orang yang hadir disitu?
dalam kata yang lain, doa secara berjemaah yang dipimpin oleh satu orang.

JZKK

***********
al-jawhar
Panel Feqh

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

As-Syaikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid dalam bukunya “Tashih al-Du’a” menyebutkan bahawa “Takmin” ( الــتأمين ) menyebut amin itu terbahagi kepada 2 bahagian :

1. Takmin dalam solat ( menyebut amin selepas imam menyebut “waladhdhollin” )
2. Takmin di luar solat .

Takmin di luar solat ini sebagaimana katanya adalah termasuk dalam bab doa secara mutlak.Seperti meng’amin’kan doa khatib ketika solat jumaat , doa semasa Istisqa , khusuf dan sebagainya.Ianya juga termasuklah meng’amin’kan doa oleh jamaah yang dibaca oleh seseorang dalam sesuatu majlis sebagaimana suatu riwayat dari ‘Atho secara marfu’ yang dinukilkan oleh Ibnu Jarir dalam kitab tafsirnya : bahawa ketika turunnya ayat 286 surah al-Baqarah yang dibaca oleh Jibril ‘Alaihissalam , yang mana selepas daripada Nabi saw mengucapkan “Amin ya rabbal ‘Alamin”
(Tafsir Ibnu Jarir 6/146)

Maka kesimpulannya , adalah tidak salah jika kita meng’amin’kan doa yang dibaca oleh seseorang dalam sesuatu majlis dan sebagainya , lebih-lebih lagi jika ianya mendatangkan kemudahan kepada masyarakat yang tidak mampu untuk berdoa dalam bahasa arab.

WA

Ruj :

Tashih al-Du’a , As-Syaikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid

23 March 2009

membaca al quran kepada si mati

leemadnoor

assalamualaikum,

maaf kerana saya banyak bertanya.saya ada dua soalan kepada ahli panel al ahkam.net.

pertama:adakah dibolehkan membaca al quran kepada orang mati.ini kerana ibn taimiah sendiri mengatakan bahawa sampai pahala membaca al quran kepada si mati.

kedua:berkaitan sufi.ada pendapat dari kalangan ahli sufi yang mengatakan bahawa ibn taimiah dan ibn qayyim juga adalah sufi.begitu juga empat imam mazhab yang lain.adakah ini benar?

mohon pencerahan.sekian terima kasih.

*****************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Berkata Syeikh Jibrin didalam fatwanya : "terdapat khilaf diantara ulama' mengenai mendedikasikan amalan kepada si-mati, dan terdapat juga dikalangan mereka yang melarang. Termasukkan amalan seperti membaca al-Quran, sedekah, solat dan puasa sebagaimana zahir firman Allah swt :-

وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; " [al-Najm : 39]

Terdapat dikalangan ulama' membenarkannya, sebagaimana kata al-Hijaawii didalam Zaad al-Ma'ad : apabila dilakukan ganjaran kepada seseorang Islam atau si-mati, maka ia mendapat munafaat itu. Dan inilah pandangan kebanyakkan ulama', dan pandangan yang dipilih oleh Ibn Qayyim rh."

Memang benar Ibn Taimiyyah rh pernah berkata :

إن الميت ينتفع بقراءة القرآن كما ينتفع بالعبادات المالية من الصدقة ونحوها
"Sesungguhnya si-mati mendapat munafaat dari bacaan al-Quran sebagaimana dia mendapat munafaat dari ibadat harta, seperti sedekah dan sebagainya"

Ulama tidak khilaf diatas amalan mendo'akan si-mati. Seseorang Islam digalakkan berdo'a agar Allah mengampuni dan merahmati si-mati. Bersandarkan dalil ini, Imam al-Nawawi rh mengatakan : "jika seseorang itu membaca al-Quran, kemudian dijadikan hasil ganjaran/pahala bacaan kepadanya (si-mati), maka dia berdo'a agar pahala yang dia perolehi (sebab membaca al-Quran) dihadiahkan kepada si-mati, maka ia memberi munafaat kepada si-mati" (Raudhah al-Thaalibiin, 5/191).

Dr Ahmad Syurbashi mengatakan bahawa adalah lebih baik selepas membaca al-Quran seseorang itu berdoa :"Ya Allah jadikanlah ganjaran apa yang kubaca ini kepada si-fulan". Begitulah dijadikan pembacaan al-Quran didalam bentuk do'a, maka disampaikan kepada si-mati dengan ittifaq ulama' (Yasalunaka fi al-Din wa al-Hayah, 5/123).

Dr Syurbashi mengatakan bahawa isu ini adalah khilaf (bukan bid'ah), dimana Mazhab Maliki dan Syafie mengatakan tidak sampai bacaa tersebut kepada si-mati (pandangan asal mazhab), dan berkata Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal - sampai bacaan al-Quran kepada si-mati.

2. Memang banyak artikel pro dan kontra mengenai apakah Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim merupakan ahli Sufi atau Tasauf. Apa yang jelas, kedua-dua ulama' ini pernah menulis mengenai Tasauf dan Sufisme.

Ibn Taimiyyah didalam Jilid 10 dan 11 buku Majmu' Fataawanya membicarakan persoalan suluk dan Tasauf. Misalannya didalam Jilid 10 beliau menjelaskan mengenai cinta kepada Allah, Tawakkal kepada Allah, Ikhlas didalam agama, bersyukur kepadanya, bersabar diatas hukumannya, takut, berharap dan sebagainya. Beliau juga membicarakan mengenai penyakit hati; seperti bakhil dan hasad dengki. Beliau juga membicarakan tentang tarikat salafiyah yang sebenar, tanpa memasuk unsur-unsur mistik dan pendapat2 yang ganjil atau ghuluw. Beliau dengan jelas menyelar sufi-sufi yang melampau didalam buku-bukunya.

Ibn Qayyim rh telah menulis sebuah buku bertajuk Madaarij Saalikeen yang merupakan syarah atau susunan buku Syiekh Abdullah al-Ansari yang bertajuk Manazil al-Sa’irin ila al-Haqq. Buku ini juga membicarakan mengenai ilmu akhlak dan Tasauf yang tidak lari dari al-Quran dan hadith.

Tasauf bagi ulama' ini adalah ilmu yang membuang kelalaian manusia dari mengingati Allah. Kedua2 tokoh ini amat menghormati ulama', malah ada dikalangan para sufi yang ghuluw dikatakan mereka sebagai ulama' yang tersilap didalam ijtihad mereka. Tasauf kepada mereka ini bebas dari unsur2 spiritual yang luar biasa dan melampau. Ini merupakan ilmu-ilmu yang membentuk seorang Islam yang bertaqwa kepada Allah swt dan ittiba' kepada sunnah Nabi saw. WA.

Sekian, wassalam

takobbalah hu minkum

meon_infinity

Salam kepada panel al-ahkam @ rakan2.... kalu kita perasaan setiap kali hbs solat berjemaah dan setiap kali habis berjemaah imam dan makmum berzikir dan berdoa bersama.. dah hbs bc doa imam akan sebut takobbalah hu minkum, makmum jwb ....minna waminkum takobbal yakarim.. sebenarnya dr mana asal sebutan n...?? nabi and para sahabat pernah sebut ke?? sekian...maaf sekiranya soalan ulangan..

********************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Setakat pengetahuan kami, bacaan berupa doa ini yang sering diamalkan di negara kita selepas selesai upacara zikir dan doa jamaie selepas solat, tidak dinukilkan daripada Nabi SAW.

- Maksud ucapan 'Taqabballahu Minkum' ialah: "Semoga Allah menerima amalan daripada kamu". Tidak salah berdoa dengan ucapan ini, sebagaimana doa-doa yang lain juga. Cuma menjadikan ia sebagai satu amalan khas selepas setiap kali solat adalah tidak menepati sunnah, dan mungkin disalahfahami bahawa ia suatu tuntutan syarak.

- Mungkin asal bacaan ini selepas selesai solat, kerana qiyas kepada ucapan seumpama ini yang diucapkan oleh salaf pada hari Raya bersempena selesainya ibadah puasa Ramadhan. Ucapan tersebut dinamakan sebagai ucapan Tahniah. Terdapat beberapa athar dan hadis berkenaan ucapan tahniah pada hari raya. Adapun selepas solat, tiada hadis berkenaan dengannya.

Wallahu A'lam.

Anak Telah Meninggal Dunia Melawat Orang Tua

Guest

Assalamualaikum..

baru-baru ini saya telah kematian anak lelaki saya yang berumur 5 tahun akibat satu kemalangan. Saya amat merindui anak saya ketika ini. Jika tidak keterlaluan,saya ingin bertanya dengan pihak yang berpengetahuan, adakah roh anak saya ada melawat ibubapanya dalam tempoh 40 hari kerana sejak pemergiannya saya tidak pernah bermimpi apa2 tentang arwah anak saya. Semoga dengan penjelasan dari pihak tuan dapat memberi ketenangan kepada saya.

****************
al-jawhar
Panel Feqh

Al-Hamdulillah ,

Al-jawab :

Pertama sekalinya kami memohon maaf kepada saudara/i di atas kelewatan kami menjawab persoalan yang dikemukakan.Kami juga ingin mengucapkan Takziah di atas kematian anak saudara/i yang mana sebenarnya ianya adalah merupakan suatu ujian dari Allah swt.Semoga saudara/i dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian tersebut….

Berbalik kepada persoalan di atas , firman Allah swt dalam surah az-Zumar ayat 42 dapat menjawab permasalahan tersebut , sebagaimana firman-Nya :

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

Al-Imam Ibnu al-Qayyim dalam kitab “ar-Ruh” menyatakan bahawa ayat tadi menjadi dalil bahawa ruh orang yang telah mati akan saling bertemu dengan ruh orang yang masih hidup.Pertemuan itu berlaku ketika ruh orang yang masih hidup keluar dari jasadnya ketika tidur dan bertemu dengan ruh orang yang telah mati. Apabila ruh orang yang masih hidup itu ingin kembali ke dunia , maka ruh orang yang telah mati juga ingin turut kembali ke bumi tetapi ditahan oleh Allah swt berdasarkan ayat di atas sehinggalah hari Kiamat.

Maka , kesimpulannya ialah memang ruh orang yang telah mati berkemungkinan akan berjumpa dengan ruh orang yang masih hidup….Walaupun begitu segala ketentuan atau apa sahaja yang berlaku , adalah kuasa Allah swt dan sememangnya hanyalah Allah sahaja yang berhak menentukannya , lebih-lebih lagi tentang masalah ruh . Ini kerana , manusia hanya diberikan sedikit sahaja pengetahuan tentangnya , sebagaimana yang disebut oleh Allah swt dalam surah al-Isra ayat 85 :

ويسئلونك عن الروح قل الروح من أمر ربي وما أوتيتم من العلم إلا قليلا

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

WA

Ruj : Ar-Ruh , Al-Imam Ibnu al-Qayyim

Kenduri Arwah Dan Tahlil

zaidharis

Salam

Saya telah dijemput oleh abang saya menghadiri kenduri arwah anaknya yang meninggal. Saya telah terangkan kepadanya mengenai hukum kenduri arwah tersebut tetapi dia tetap nak buat jugak. Macam mana keadaan saya sekarang sama ada boleh hadiri kenduri tersebut? Kami adik-beradik sememangnya amat rapat. Jika kenduri arwah yg dijemput oleh orang lain sebelum ini saya hadiri tetapi akan elakkan dari makan cuma bertahlil sahaja.

Berkenaan dengan tahlil pulak yg biasa diamalkan oleh masyarakat kita sekarang, adakah susunan, bacaan atau kafiat tahlil tersebut boleh diamalkan dan boleh dikatakan sunat dan mendapat pahala dengan mengamalkannya.

Terima kasih.

*************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

1. Hukum menghadiri kenduri arwah abang

Majlis tersebut disepakati sebagai majlis yg amat dibenci dalam madzhab Syafi'iy (Imam alSyairozi, syarah al-Muhadzaab (1/39), dan anda telah pun menyampaikan kepada keluarga anda. Itu sudah mencukupi.

Adapun bagaimana tatacara anda ingin bertindakbalas terhadap majlis bid'ah tersebut memerlukan kepada fiqh menangani bid'ah. Untuk itu Ustaz Hasan alBanna, seorang Imam yang mulia (w.1949) dalam Risalahnya (Risalah Ta'alim, usyul Asyrin (20 Perinsip), pada perinsip yg ke 11, alBanna menjelaskan fiqh merubah bid'ah, yakni menghapuskan bid'ah dgn cara yang terbaik dan tidak menimbulkan kerusakan yang lebih besar. Contoh dalam kes anda ialah kekuatan ikatan kekeluargaan yg sedia terjalin itu mesti dikekalkan. Komentar al-Qardhawi ketika mensyarah perinsip 20, bahawa terdapat kaedah yang masyhur yakni, :" Boleh diam ke atas mungkar (bid'ah) jika dihapuskan kemungkaran itu akan menyebabkan munculnya mungkar yang lebih besar"
Maka langkah terbaik bagi si adik, ialah dia mendiamkan diri dari menghapuskan bid'ah tahlil arwah kerana diyakini jika dilenyapkan bid'h tersebut menyebabkan hubungan adik beradik akan berpecahbelah.

Adakah susunan, bacaan atau kafiat tahlil tersebut boleh diamalkan

2. Ia bercampur aduk, ada yang sahih, dha'if dan maudhu', dan ia dikarang oleh tokoh2 sufi antarabangsa dan tempatan. Lebih selamat kita berpegang dgn himpunan tahlil dan zikir yang dihimpun oleh ulama'2 yang masyhur seperti Hisnul Muslim oleh Dr Sa'eed al-Qahthani. WA

Imam Shafie Mengharamkan Tahlil?

Guest

Betulkah Imam Syafie mengharamkan tahlil.
Saya cuba carik dalam arkib tetapi terlalu banyak posting
antaranya positng Han**ukkau yang berjela jela....payah nak baca.
Adakah benar ada orang mengatakan Imam Syafie mengharamkan
tetapi Imam Ramli mengharuskan tahlil.

*******************
thtl

al-Jawab:

Tahlil di sini adalah bermaksud tahlilan arwah atau selamatan di rumah kematian yang mana upacara tahlil diadakan sempena kematian dan disertai dengan jamuan makan kpd peserta tahlil.

Imam Syafi'iy ra adalah seorang Imam bertaraf mujtahid mutlak, penegak sunnah Muhammad, tidak sekali-kali mengharamkan sesuatu yang tidak tsabit secara qat'iy (tegas dan lugas) dari dalil2 syara'. Apa yang dikatakan oleh al-Imam ialah "wa akrah" maksudnya aku membenci. Kemungkinan di nusantara, ustaz2 memahami wa akrah itu sebagai haram. Yang sebenarnya, al-Syafi'iy membencinya kerana ia adalah sesuatu bid'ah dan bid'ah mematikan sunnah. Maka Imam salaf membenci bid'ah.

2. Tidak benar bahawa Imam Rimli mengharuskan kerana Imam syarf anNawawi menyimpulkan dalam alMajmu' (juz 15) bahawa Imam Syafi'iy dan pengikut2nya menetapkan ia adalah amalan amat dibenci.

Bahkan Mufti madzhab Syafi'iy di kota Mekkah, Mufti Ahmad Zaini Dahlan menetapkan pendapat yang sahih dalam madzhab syafi'iy ialah bid'ah mungkar dan mendapat pahala jika sesiapa mengingkarinya (tidak membuatnya). [Hashiah allamah alJamal ala syarh al-Minhaj]

sekian. WA

Kalau Terlupa Baca Bismillah

Author Message

Salam

1.Saya difahamkan dari dulu dan juga mengamalkan jika terlupa baca bismillahirrahmanirrahim maka baca bismilahiawwaluhuwa a-khiruhu, adakah ini adalah dari Sunnah?


***************
al-jawhar
Panel Feqh

al-hamdulillah.......

al-Jawab :

Amalan tersebut memang berasal dari sunnah Rasulullah saw.Ini dapat dilihat daripada sebuah hadis sebagaimana berikut :

إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله فأن نسى أن يذكر أسم الله في أوله فليقل : بسم الله أوله وآخره

Maksudnya : “Sekiranya kamu ingin makan maka sebutlah nama Allah (ucapan Basmalah).Apabila terlupa untuk menyebut nama Allah pada awalnya (sebelum memulakan makan) maka bacalah : Bismillahi awwaluhu wa akhiruh.”

( HR Abu Daud no : 3767 , Tirmizi no : 341 , Ibnu Majah no : 3264 , Ibnu Hibban no : 1341 dan Ahmad dalam Musnadnya : 6 / 207 , 208 ) Ianya dinilai SAHIH oleh Albani.

Hadis ini adalah riwayat Saidatina A’isyah marfu’ dari Rasulullah saw , sebagaimana yang dinyatakan oleh As-Syaikh Albani dalam إرواء الغلـــيل في تخــريج أحــاديث منــار bab “al-Walimah wa adabu al-akl” .

WA

Riwayat Terpisahnya Ruh Dari Tubuh

kamil92

Salam

Saya ingin tahu kesahihan kata2 Rasulullah s.a.w & Firman Allah Azza Wajalla ini serta maklumat2 dlm artikel ini.terima kasih.

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari : Mengidam makanan.

e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhirsekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnyamelalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh daridadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yangberiman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat teruspandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila ALLAH S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikanlidahnya berzikir kepada ALLAH S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada ALLAH S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. LaluALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untukmencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki inisentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada ALLAH S.W.T. Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah ALLAH S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma ALLAH S.W.T. Sebaik saja melihat Asma ALLAH dan cintanya kepada ALLAH S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergisetelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompokmanusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.

***********************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Artikel junk. Layak utk dibakulsampah aje. Mana ada orang mati hidup balik dan menceritakan detik2 100 harinya. kemungkinan dicipta oleh mereka yang menyeru kepada tahlil arwah, hari ke 3, 5, 40 dan kenduri ke 100 kematian. Tidak asalnya dalam agama. Apa jua artikel yang contentnya pelik, maka jika tidak ada referensi, maka jauhilah dia kerana ia dikarang oleh zindik. WA

Azan ketika kebumikan jenazah

Guest

Salam

Baru baru ni saya menghadiri pengkebumian nenek saudara sahabat saya. Apabila hendak dikebumikan jenazah itu. Turun salah satu dari saudaranya lalu melaungkan azan dari dalam lubang tadi. Katanya seorang lahir diazankan telinganya maka apabila meninggal juga diazankan mereka. Adakah ini satu perbuatan sunnah atau ajaran ajaran imam yang lalu.

jazakallah khair

***************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Ia bukan sunnah bahkan bid'ah (inovasi). Tidak ada satu riwayatpun bahawa kaum salaf assoleh pernah berbuat demikian. Mereka adalah satu kaum yang amat kuat berpegang dengan sunnah, dan jika ia sunnah sudah tentu mereka mendahului kita dalam melakukannya.

Maka, Nabi SAW bersabda:
من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
Terjemahnya: " barangsiapa yang mencipta hal yang baru dalam urusan kita ini, yang bukan darinya, maka ia tertolak" Muttafaq 'alaih.

Azan, seperti yang kita ketahui, disyari'atkan untuk memberitahu masuknya waktu solat dan tidak ada petunjuk tambahan bahawa ia perlu dilaungkan bila memasukki mayyit ke dalam lahadnya. WA

Doa Dalam Tasyahhud

meon_infinity

Salam saya agak keliru..semasa berdoa dlm tasyahud..kita bleh tak berdoa dlm dlm bahasa melayu, memandangkan doa2 selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam bahasa arabb, saya hanya membaca maknanya bahasa melayu, dan membacanya dalam hati. bleh ke???

saya ade terbaca, bila berdoa lg baik bhasa arab?? tp kalau kita nak berdoa dlm bahasa melayu bleh tak?? maaf sekiranya soalan ulangan. sekian

**************
al-jawhar
Panel Feqh

al-Hamdulillah...

al-Jawab ,

Persoalan berkenaan dengan bahasa yang boleh digunakan dalam sembahyang seperti berdoa dan sebagainya telah pun dijawab oleh salah seorang Panel Fiqh AAN , Syaikh Izrail sebagaimana dibawah :

Imam Nawawi telah menjelaskan perkara yang dibenarkan terjemahan ke bahasa asing di dalam solat, ringkasannya:


1. Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat Al-Quran tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain, kerana akan menghilangkan kemukjizatannya.


2. Lafaz-lafaz yang wajib seperti takbir ihram, tahiyat akhir dan selawatnya dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu.


3. Ucapan-ucapan yang tidak wajib seperti doa-doa ma'thur dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab. Dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu dan terbatal solatnya jika diterjemahkan.


4. Tidak boleh mencipta doa yang tidak ma'thur kemudian disebut dengan bahasa asing dan ini membatalkan solatnya. Tetapi boleh mencipta doa dalam bahasa arab.


5. Zikir-zikir lain seperti tahiyat awal, selawatnya, tasbih rukuk dan sujud, doa qunut dan takbir-takbir perpindahan dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu.


Dan pengarang "al-Hawi" ada menyebut: Sekiranya seseorang itu tidak boleh bahasa arab, dia boleh membaca semua zikir dengan bahasa asing. Dan jika dia boleh bahasa arab, hendaklah membaca dengannya. Jika sebaliknya dan dibaca bacaan yang wajib dengan bahasa Parsi, ini tidak dibenarkan. Dan jika bacaan itu perkara sunat seperti tasbih dan doa iftitah ia dibenarkan, tetapi dia telah melakukan perkara yang buruk.

Rujukan:

- al-Majmuk: 3/247-248.
Apa yang penting , adalah lebik baik setiap doa dan bacaan yang warid dari Rasulullah saw , dihafaz dalam bahasa Arab dan diamalkan dalam kehidupan seharian.Sebagaimana kita boleh menghafaz setiap bacaan sembahyang dalam bahasa Arab , seperti bacaan doa iftitah , bacaan rukuk , bacaan 'iktidal , sujud dan sebagainya , maka apakah tidak boleh kita melakukan perkara yang sama ketika ingin berdoa dalam sembahyang pada tempat-tempat yang dibenarkan berdoa.

WA

Hadith amalan sebelum tidur

el-hijrah

Salam

Saya temui beberapa hadith Bukhari dan Muslim yang berlainan dan harap tuan dapat menerangkan yang mana yang lebih baik untuk diguna dan dihujjah.

Pertama, amalan Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan Qul huwal-lahu ahad, Qul a’uudzu birabbil falaqi dan Qul a’uudzu birabbin naas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan, ia diulang sebanyak tiga kali.

Hadith lain pula menyebut bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم ketika ingin tidur, baginda menggabungkan kedua tangannya, meludah sedikit pada keduanya, membaca ayat Kursi, Mu'awwidzatain, al-Kafirun, al-Ikhlash tiga kali, kemudian baginda mengusap bagian depan tubuhnya dengan keduanya, mulai wajahnya, lehernya, dadanya, perutnya, dan kedua kakinya.

Yang ke dua pula ialah amalan tasbih, tahmid dan takbir. Adakah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali juga atau tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali.

Dan yang ke tiga ialah antara dua doa ini:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوْتُ وَأَحْيَا

atau
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ ُ َأَحْيَاوأَمُوْت

جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

****************
al-jawhar
Panel Feqh

Al-Hamdulillah…..

Al-Jawab ,

Kesemua hadis yang disebutkan oleh saudara di atas adalah bertaraf sahih , sebagaimana berikut :

Quote:
Pertama, amalan Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan Qul huwal-lahu ahad, Qul a’uudzu birabbil falaqi dan Qul a’uudzu birabbin naas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan, ia diulang sebanyak tiga kali.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam ( الدعـــوات ) Bab “al-Ta’auwuz dan bacaan ketika tidur” (11/129) no : 6319

Quote:
Hadith lain pula menyebut bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم ketika ingin tidur, baginda menggabungkan kedua tangannya, meludah sedikit pada keduanya, membaca ayat Kursi, Mu'awwidzatain, al-Kafirun, al-Ikhlash tiga kali, kemudian baginda mengusap bagian depan tubuhnya dengan keduanya, mulai wajahnya, lehernya, dadanya, perutnya, dan kedua kakinya.

Untuk hadis ini saya tidak menjumpai kaedah Rasulullah saw berludah sedikit pada kedua tapak tangan.Walaubagaimana pun terdapat hadis yang lain yang menceritakan tentang suruhan membaca ayat al-Kursi ketika mendatangi tempat tidur iaitu yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (8/672) hadis no : 5010

Begitu juga dengan amalan membaca surah al-kafirun sebelum tidur yang mana dengan membacanya akan menyelamatkan si pembaca daripada bahaya syirik sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (7/391) hadis no : 3363 , Imam Ahmad dalam musnadnya : (5/456) , Abu Daud (4/313) hadis no : 5055 .

Quote:
Yang ke dua pula ialah amalan tasbih, tahmid dan takbir. Adakah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali juga atau tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali.

Hadis ini pula diriwayatkan oleh Bukhari dalam ( الدعـــوات ) bab “Takbir dan tasbih” (11/123) hadis no : 6318 , dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim pada kitab ( الــذكر والدعــاء ) bab “Bacaan Tasbih di awal hari” (4/80/2091) hadis no : 2727.

Hadis ini sebenarnya adalah menceritakan bagaimana Rasulullah saw menenangkan keresahan Saidatina Fatimah ra yang ingin mencari Khadam sebagai pembantunya dengan mengatakan bahawa amalan membaca tasbih , tahmid dan takbir sebanyak 33 kali ketika hendak tidur adalah lebih baik daripada khadam.

Quote:

Dan yang ke tiga ialah antara dua doa ini:


بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوْتُ وَأَحْيَا

atau
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ ُ َأَحْيَاوأَمُوْت


Hadis ini diriwayatkan Imam Bukhari dalam ( الدعـــوات ) bab “Apa yang diucapkan ketika tidur” (11/117)hadis no : 6312 dan juga diriwayatkan oleh Imam Muslim pada kitab ( الــذكر والدعــاء ) (4/59/2083) hadis no : 2711

Berbalik kepada persoalan saudara tentang yang mana satu lebih baik diamalkan ialah apa yang penting , apabila kesemua hadis yang tersebut di atas adalah sahih ,maka bolehlah kita mengamalkan mana-mana daripada hadis-hadis tersebut mengikut kesesuaian masa dan tempat.Ini kerana , hadis-hadis tersebut adalah sahih dan thabit dari amalan Rasulullah saw sendiri atau saranan Rasulullah saw kepada para sahabat radhiallahu anhum ajma’in.

Berbeza keadaannya , jika berlaku pertembungan sesuatu amalan antara hadis sahih dan dhoif , maka sudah tentulah yang perlu didahului dan diamalkan ialah amalan yang bersandarkan kepada hadis atau dalil-dalil yang sahih.


WA

Kubur Islam Dan Kafir Dalam Satu Kawasan

ahmar
Martabat 2

Salam

Harap Ustaz dapat membantu...

Saya menerima satu emel berkenaan satu kawasan perkuburan (somewhere in Indonesia) yg bercampur didalam satu kawasan itu antara kubur org Islam dan org kafir. Adakah perkara ini dibenarkan didalam Islam?

Syukran.
JKK.

***************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Kami telah pun menjawab persoalan ini, di dalam thread: Perkuburan Islam bercampur dgn kuburan kristian?

Berikut jawapannya:

Quote:
Secara dasarnya, perkuburan orang Islam mestilah diasingkan daripada perkuburan bukan Islam. Kerana inilah yang diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW, zaman khulafa dan selepas mereka. Dan perkara ini seolah-olah satu ijmak secara amali.

Dalil diasingkan perkuburan Islam dan bukan Islam ialah:

Al-Basyir bin Khasasiyyah melaporkan: Aku pernah berjalan bersama Rasulullah SAW, lalu baginda melalui perkuburan orang-orang Islam. Lantas bersabda: "Sesungguhnya mereka telah mendahului keburukan yang banyak (yakni: mencapai kebaikan dan meninggalkan keburukan)". Kemudian baginda melalui perkuburan musyrikin, lalu bersabda: "Sesungguhnya mereka telah mendahului kebaikan yg banyak (yakni: mendapat keburukan dan meninggalkan kebaikan itu)".
Direkod oleh Nasai (no: 2048) dinilai hasan oleh Albani.

Para ulama zaman berzaman pun menaskan bahawa orang kafir tidak boleh dikebumikan di perkuburan muslimin. Dan orang Muslimin pula tidak boleh mengebumikan seorang muslim di perkuburan yg khas untuk bukan Islam. Kecuali dalam keadaan darurat, contohnya: muslimin yang tinggal di negara orang kafir yg tidak diberikan kepada mereka tanah perkuburan yg khas. Maka secara darurat, bolehlah dikebumikan di perkuburan org bukan Islam, tetapi seelok2nya biarlah dikhaskan satu penjuru untuk mereka, supaya tidak bercampur.


wallah a'lam

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34609

Doa Dari Nabi

juhari

Salam

1. Saya ada mendengar pendapat yang mengatakan,bidaah sekirannya selepas solat berzikir secara jahr beramai-ramai. Betul ke ?

2. Sekiranya bidaah,yakni tak boleh bezikir secara kuat selepas solat, macamana ulama2 dulu dapat tau bahawa doa2 tertentu ialah doa yang nabi selalu amalkan selepas solat ?

terima kasih Wassalam

***************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1. Nabi SAW tidak pernah berzikir secara jamaie bersama-sama para makmum selepas sembahyang fardhu dengan satu suara atau satu nada. Tidak ada seorang sahabat pun menukilkan perbuatan seperti ini, sedangkan solat adalah amalan harian yg dilakukan 5 kali sehari. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan imam2 mazhab yang mengatakan ianya sunat. Begitu juga amalan doa secara jamaie.

Kata Ibn Taimiyyah: Amalan berdoa oleh imam dan makmum secara jamaie selepas sembahyang adalah bidaah, yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW. Yang dilakukan baginda ialah doa di dalam solat. (Majmuk Fatawa 22/305, 300).

2. Tidak semestinya kena baca doa secara beramai-ramai barulah para sahabat dapat menukilkan doa-doa dari Nabi. Di sana banyak hadis-hadis yang Nabi SAW mengajar dan mentalqinkan bacaan-bacaan doa kepada para sahabat.
Contohnya: Hadis Nabi SAW mengajar Muaz satu doa yang elok dibaca di akhir solat. Begitu juga Nabi mengajar kepada Abu Bakar satu doa yg dibaca dalam solat. Dan banyak lagi contohnya.

Begitu juga bacaan zikir selepas solat, para sahabat mendengar daripada amalan Nabi SAW, dan ada yg diajar secara terus oleh baginda. Tetapi tidak ada nukilan sahabat bahawa ia dilakukan secara jamaie iaitu dengan diketuai oleh Rasulullah SAW sebagai tekong, dan diikuti oleh sahabat dengan satu suara dan satu nada. Upacara begini dilakukan oleh mutaakhhirin.

Wallahu A'lam.

15 March 2009

Pendamping: Roh atau Jin?

Postby pwincess_shifa »

assalamualaikum..

saya ada keraguan utk ditanya:

1) bolehkan roh orang2 yang sudah mati kembali ke dunia?

2) ada yang mengatakan roh2 orang alim/sheikh ada yang dilepaskan seksa kubur mereka, dan menjadi pendamping orang2 yang terpilih (yang masih hidup di dunia) dengan alasan utk mendekatkan diri orang2 terpilih ini kepada Allah swt. betulkah?

3) Kalau mereka bukan roh, dari golongan apakah mereka ini? jin? qareen?

minta diperjelaskan soalan saya. Kerana, baru2 ini teman baik saya sakit, ada org recommend kat dia seorang perempuan di alor star utk berubat yang mengelar mereka bukan bomoh tetapi ahli falak. Perempuan ini mengatakan dia ada pendamping seorng sheikh yang menolong beliau melihat dan mengetahui hal2 ghaib. Bolehkn kita mempercayai orang ini? syirik kah?

wassalam. tq


*************************************
Postby al-jawhar »

Islam tidak pernah menyebutkan bahawa roh seseorang yang telah mati boleh menjadi pendamping dan memberikan pertolongan kepada manusia.Ini jelas bertentangan dengan maksud hadis Nabi saw :

Apabila matinya anak Adam , akan terputuslah semua amalannya (urusan dunia) kecuali 3 perkara : Sedekah Jariah , Ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang mendoakannya.

(HR Jama’ah kecuali Bukhari dan Ibnu Majah)

Jelas daripada hadis di atas bahawa , orang yang telah mati akan terputus segala amalannya yang berkaitan dengan urusan dunia melainkan 3 perkara itu sahaja.Maka , adalah perkra yang mustahil jika roh tersebut boleh memberikan pertolongan dan berkomunikasi dengan manusia yang masih hidup.

Kesimpulannya , apabila roh orang-orang soleh atau siapa sahaja tidak boleh berhubung dengan manusia , maka jika ada seseorang yang mendakwa didampingi oleh roh orang soleh , ketahuilah bahawa dakwaannya adalah dusta dan tertolak.Apa yang jelas ialah roh yang di maksudkan itu ialah kemungkinan dari kalangan Jin atau syaitan.Ini kerana sudah menjadi tugas dan cita-cita Syaitan itu untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekali pun sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 21 :

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti jejakk langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar.

Begitu juga haram hukumnya meminta pertolongan daripada Jin atau syaitan.Ini kerana jin atau syaitan itu tidak boleh memberikan pertolongan , malahan ia sebenarnya akan menambahkan lagi dosa dan kesalahan kita kepada Allah swt.

Firman Allah swt dalam surah Al-Jin ayat 6 :

Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungankepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

Maka , meminta pertolongan dengan orang yang berdamping dengan jin atau syaitan serta mempercayainya juga termasuk dalam lingkungan syirik kepada Allah swt.

WA

Qarin

Postby Islah »

Salam,

diminta panel ahkam jelaskan apa itu 'Qarin'? Mmg lagi bertambah keliru dgn emel pasal 'Qarin' ni. Takut syirik je.


********************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Islah dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Qarin adalah sejenis Jin yang berdamping dengan manusia, dan menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan Qarin Nabi:saw yang telah ditundukkan. Firman Allah swt:-

(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong. Allah berfirman: Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah). KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu. [Surah Qaf : 27-29].

Menurut Ibn Kathir rh, ayat "(Qarin) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata", Ibn Abbas ra, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'syaitan' yang ditugaskan berdamping dengannya.

Disifatkan bahawa Qarin ini pada hari Kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman swt menyatakan tugasan Syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia :-

"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." [Surah Ibrahim : 22]

Ibn Kathir rh menerangkan bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan Qarin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah swt mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain. [Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim - Umdah al-Tafsir 'an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa' 2003. syiekh Ahmad Muhammad Syakir]

Satu persoalan yang timbul, adakah Qarin Nabi :saw juga seperti Qarin manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Tetapi, menurut Syeikh Wahid Abdus Salam Bali, Dr Umar Sulaiman al-Ashqar berkata bahawa seorang manusia boleh menundukkan Jin pendampingnya (qarin) kemudian dia masuk Islam, sebagaimana Riwayat Ahmad dan Muslim : dari Abdullah ibn Masud berkata : Rasulullah :saw berkata :-

"Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : Walaupun kamu Ya Rasulullah?, Baginda menjawab : Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan saya selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" [Riwayat Muslim]

Kata Syiekh Wahid Abdus Salam Bali : al-Ashkar secara tegas mengatakan setiap orang Islam mampu menundukkan Jin pendampingnya. Sebenarnya, bukanlah begitu, kerana kenyataan hadith tersebut secara zahirnya menunjukkan perkara tersebut khusus untuk Nabi :saw. Barang siapa yang mengambil hadith ini secara umum, hendaklah dia mengemukakan dalil, dan tidak ada dalil baginya yang aku ketahui, Umar bin Khtattab yang terkenal dengan kuat aqidahnya dan mantap agamanya, ditakuti oleh syaitan, akan tetapi tidak mampu mengislamkan syaitan pendampingnya.[Wiqayatul Insaan min al-Jin wa al-Syaitan, Syiekh Wahid Abdus Salam Bali, ms 45. Dar Ibn Rajab, 2001]

al-Hafiz Imam Nawawi rh. didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan, bahwa terdapat dua tafsiran kepada hadith diatas menurut bacaannya :

a. Fa aslamu - Yang bermaksud - "Dan saya selamat darinya" (eg. pandangan Al-Khattaabi)

b. Fa aslama - Yang bermaksud - "Dan dia menjadi Islam" (eg. pandangan al-Qaadi ‘Iyaad).

Kedua-dua pandangan ini menunjukkan bahawa Qarin Nabi :saw tidak boleh mengganggu baginda :saw. Tidak kiralah samaada baginda di selamatkan oleh Allah swt atau Qarin beliau di Islamkan. Yang penting, baginda terpelihara dari gangguan Qarin.

Secara umumnya :-

a. Qarin adalah dari kalangan Jin dan berada pada setiap orang, dan dia menghasut manusia kearah kejahatan.

b. Hanya Qarin Nabi :saw yang dapat ditundukkan, kerana hadith tersebut khusus hanya kepada Nabi :saw dan bukan kepada insan lain.

c. Qarin dan Manusia akan mengadap Allah swt kelak di hari Akhirat.

Sekian, wassalam.

Batu Nisan

Postby zainzubir »

Perletakan batu nesan pada perkuburan adalah sesuatu yang dilakukan bagi kaum keluarga mengenal pasti dimana simati dikuburkan.Bagaimana cara terbaik membina batu nesan menurut Islam? Apakah maklumat yang perlu ada pada batu nesan selain nama dan tarikh kematian? Adakah kemestian menulis maklumat dalam huruf jawi? Bolehkah nama dan tarikh simati ditulis dalam rumi? Terima kasih.


***************************************
Postby ziy@d »

Dari al-Muttalib ibn Abi Wada'ah R.a , Baginda S.A.W meninggalkan (meletakkan) batu di bhgn kepala kubur Uthman bin Ma’zun. Baginda S.A.W bersabda: “Kita akan tahu kubur saudaraku, supaya dikebumikan orangyang mati daripada keluargaku.” (Hadith riwayat Abu Daud dan sanadnya adalah hasan)

Dari Anas bin Malik R.a, Baginda S.A.W bersabda: “Letakkan batu di atas kubur (bhgn kepala) Uthman bin Ma’zun supaya ia (kubur) dapat dikenali.” (Hadith riwayat Ibn Majah)

Hadith Mursal, bahawa Baginda S.A.W meletaknya (anak-anak batu) di atas kubur anaknya ibrahim. (Riwayat Imam As-Syafie)

Diharuskan meletak batu-batu kecil atau kayu pada bahagian kepala dgn tujuan utk mengenali kubur. (Fiqhus Sunnah dan Fiqh Islami)

Mengenai perihal menulis pada batu nesan, menurut pendapat jumhur fuqaha adalah makruh berbuat demikian samada ia adalah tulisan nama tuan kubur.

Mazhab hanafi berpendapat tidak menjadi kesalahan utk berbuat demikian jika terdapat keperluan berbuat demikin.

Menurut pendapat sbhgn ulamak maliki, haram menulis ayat al-quran pada kubur. Ini disandarkan kepada dalil:

Dari Jabir R.A bahawa nabi S.A.W melarang menyapu kubur pada kapur dan menulis di atasnya dan membina di atasnya. (Diriwayatkan oleh Ashabus Sunnan Arba’ah. Menurut At-tirmidzi hadith ini hassan sahih)

Mazhab hanafi berpendapat harus menulis di atas kafan ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’ ataupun ‘Mudah-mudahan Allah mengampunkan ke atas mayat ini’.

Tarjih wahbah Az-Zuhaili bahawa larangan menulis itu diandaikan sekiranya tidak terdapat sebarang keperluan.

Pendapat segolongan ulamak jazirah arab, haram meletakkan batu nesan apatah lagi menulisnya.

Dari Abu al-Hayyaj al Asady ia berkata: Ali bin Abi Thalib erkata kepadaku: saya akan mengutusmu terhadap sesuatu sebagaimana Rasulullah mengutusku; bahawa jangan kamu tinggalkan patung kecuali kamu hancurkan, dan kubur yang tinggi (dibangun) kecuali kamu ratakan. (Hadith Tirmizi, Abu Daud, An-Nasa'ie dalam Sunan Al-Kubra ).


Rujukan:
Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu Al-Juz Thani, Wahbah Az-Zuhaili
Fiqhus Sunnah Jilid IV, Sayyid Sabiq
[size=13:58120f462a]http://www.zayed.com[/size:58120f462a]


*************************************
Postby kamin »

Wa'alaikumussalam

Alhamdullilah. Terima kasih kpd sdr/ustaz Zayed yang telah menjawab persoalan yang dikemukan oleh Pn ZainZubir. Insyaallah kami akan cuba menambah sedikit dengan dengan kadar kemampuan yang ada.

Seperti yang diperkatakan oleh ustaz Zayed, ulama khilaf menghukum didalam persoalan diatas. Ada yang mengatakan makruh dan ada yang mengatakan hukumnya haram. Perselisihan ini kemungkinan akibat memahami nas hadith larangan tersebut.

Jabir berkata :

"Nabi saw melarang kita menampal (plaster) kubur, duduk diatasnya dan membina apa-apa diatasnya" (Riwayat Muslim al-Janaa’iz, 1610). Menurut Abu Daud, "Baginda melarang kami menampal kubur (plaster), menulis diatasnya atau memijaknya." - (al-Janaa’iz, 3226. dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan Abi Daud, 2763).

Sheikh Atiyyah Saqr, bekas pengerusi Rumah Fatwa Al-Azhar berkata :

"Apa yang kelihatan dari hadith ini ialah larangan menulis diatas kubur. Tanpa membezakan antara menulis nama si Mati dan menulis perkara yang lain. Kata Al-Hakim: Hadith ini sahih, dan amalannya bukan seperti itu, kerana sesungguhnya Imam-Imam Islam dari Timur hingga ke Barat telah tertulis nama mereka diatas kubur mereka, dan ini berlaku berbalik pada zaman salaf lagi. Akan tetapi menurut Al-Zahabi: Jika perkara ini baik, maka ia tidak disampaikan kepada mereka didalam bentuk larangan."

Menurut Al-Albani didalam buku Ahkam Al-Janaaiz wa bida'uhaa (ms 262) : "Mengenai menulis (diatas kubur), zahir hadith menampakkan keharamannya, dan Imam Syafie dan Hanbali memakruhkannya sahaja! Berkata Imam Nawawi (5/298) : Berkata golongan kami : Sama sahaja apa yang tertulis di kubur diatas papan disisi kepalanya (mayat) sebagaimana adat beberapa orang (awam), atau yang lainnya, kesemuanya adalah makruh atas (maksud) umum hadith tersebut

Sebahagian ulama' mengecualikan menulis Nama mayat, Tidak keatasnya diukir, bahkan diqiaskan keatas perbuatan Nabi saw meletakkan batu dimakam Uthman bin Mazh'un......".

Sebagaimana yang telah dipetik oleh ustaz Zayed dari petikan buku Fiqh Al-Sunnah karangan Sayid Sabiq mengenai pandangan-pandangan Imam Mazhab, elok juga kita memaparkan pandangan mereka lagi sekali yang telah rumuskan oleh Sheikh Atiyyah Saqr :

- Hanafi : Makruh yang berat menulis apa-apa diatas kubur, melainkan jika jauh dari kesan keburukan, maka tidaklah makruh.

- Maliki : Jika ayat Al-Quran yang ditulis, maka ia adalah haram, dan jika nama mayat atau tarikh dituliskan, maka hukumnya makruh.

- Shafie : Larangan menulis keatasnya, hukumnya makruh, sama sahaja samada menulis Al-Quran atau pun tidak, akan tetapi jika ia merupakan kubur ulama' atau orang soleh, maka ditulis namanya dan itu yang membezakan mereka dikenali.

- Hanbali : Larangan menulis keatasnya, hukumnya makruh, sama sahaja samada menulis Al-Quran atau pun tidak, tanpa membezakan samada kubur ulama' atau orang soleh dengan kubur yang lain.

Jumhur mengatakan makruh, dan ada yang membenarkan jika tidak mendatangkan apa-apa kemungkaran. Jelas yang mereka larang ialah menulis Al-Quran diatasnya.

-----------------
Seterusnya Shiekh Atiyyah Saqr menutup fatwa beliau dengan mengatakan :

"Ibn Hazm melihat bahawa corak Nama mayat keatas mayat tidaklah Makruh mengenainya, dan semua ini bergantung kepada batasan-batasan yang besar mengenai MOTIF NIAT menulisnya, maka jika tujuannya mahu mengenali siapakah empunya kubur, maka secara mutlak tidaklah salah. Telah diriwayatkan oleh Ibn Majah, dari Anas bahawa Rasulullah saw meletakkan batu diatas kubur Uthman bin Mazh'un dan telah datang dari riwayat Abi Daud sesungguhnya berkata : 'Aku mengetahui akan kubur saudaraku, aku tanamkannya mati akibat sivil, dan jika menulis disebabkan ego dan kebanggaan, maka itu adalah sesuatu yang buruk".

Jelas menunjukkan bahawa, jika tujuannya menulis Nama dan tarikh Mati adalah untuk dikenali, dan bukan untuk sesuatu yang dibanggakan, maka hukumnya adalah diperbolehkan.

Sheikh Nasyiruddin Al-Albani secara pribadi didalam komentar terhadap qias meletakkan batu diatas kubur Uthman bin Mazh'un sebagai cara menghalalkan penulisan nama diatas kubur sebagai suatu yang jauh dari kebenaran. Kata beliau lagi : Tidak mencapai sasaran seperti apa yang Nabi saw letakkan batu keatas kubur kerana :

"tidak dapat mengenalinya, disebabkan diketahui banyaknya kubur misalnya, dan banyaknya batu! Maka dibenarkan menulis NAMA dengan kadar untuk bermatlamatkan apa yang disebut diatas (untuk dikenali)". - Ahkam Al-Janaaiz, 263.

---------
Kesimpulannya, amatlah jelas disini bahawa jika tujuan menulis diatas kubur (Batu Nesan) ialah kerana untuk mengenali kubur siMati adalah dibenarkan. Larangan-larangan termasuklah berlebih-lebih didalam membuat penulisan diatas kubur tersebut, sebagai contoh, menulis ayat-ayat Al-Quran diatas kubur. Tujuan menulis diatas batu Nesan tidaklah untuk berbangga dan jauh dari perasaan ego dan sebagainya. Bolehlah Puan ZainZubir menulis didalam tulisan Roman atau Jawi dengan Nama dan Tarikh kematian orang yang meninggal dunia dengan tidak berlebih-lebihan. Wallahu 'alam.

-wassalam-

-----------
Rujukan :


2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Ahkam Al-Janaaiz wa bida'uhaa. cetakan baru. Riyad: Maktabah Al-Ma'arif, 1992.


14 March 2009

Penyakit 'Ain

abuabdillah

assalamu alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh,

kpd ahli panel yg dirahmati Allah,

ana pernah mendengar ttg penyakit 'ain', contohnya apabila seseorang kagum melihat kecantikan sesuatu dan memuji2 kecantikannya, kemudian tidak mengucapkan 'masya-Allah', maka benda yang dilihat itu akan rosak/musnah/hancur. atau apabila seseorg lelaki melihat kecantikan seseorang wanita, dan menjadi asyik kpdnya, kemudian tidak mengatakan masyaAllah, kemungkinan perempuan itu akan jatuh sakit atau mati. benarkah adanya penyakit ini? tidakkah kepercayaan ini berunsur syirik? kalau benar adanya penyakit ini, bagaimana nak ubati mangsa penyakit ain spt wanita di atas? apa punca berlakunya penyakit ain?

harap penjelasan, ana takut 'ter'percaya kpd benda karut marut, sbb ana rasa macam syirik je kalau percayakan bala akan dtg disbbkan sesuatu selain Allah..
sekian, wassalam

***************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.
dalam hadis Musnad Ahmad "Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam". (no: 9668)

oleh itu, untuk mengelakkan al-Ain, digalakkan menyebut zikir apabila melihat sesuatu yg mengkagumkan. sebagaimana saranan al-Quran: "Dan mengapakah tidak apabila kamu memasuki kebunmu, kamu berkata: Masya Allah, La haula wala quwwata Illa Billah". al-Kahfi ayat 39.

al-Ain itu adalah penyakit, dan diubati dengan cara yang diajar oleh Nabi, sebagaimana disebut dalam hadis spt kisah Sahl bin Hunaif , dan lain2 iaitu memandikan si mangsa Ain dengan air basuhan atau air wudhu si pengena Ain itu.

Boleh juga diubati dengan cara RUQYAH, sebagaimana Nabi memerintahkan Aisyah supaya mengambil ruqyah untuk penyakit Ain. -Sahih bukhari dan Muslim.
dan dalam hadis lain "Tiada ruqyah melainkan untuk penyakit Ain dan sengatan binatang bisa". Bukhari (no: 5378) dan Muslim (no: 220).

Wallahu A'lam

Air Zam Zam

abuabdillah

assalamualaikum,

ana nak tny betul ke ada hadis mengatakan bahawa air zam-zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya? hadis tu soheh ke? jika kita minum dgn niat untuk dapat sesuatu hajat, tidakkah itu dikira sebagai syirik kerana kita menganggap dgn meminumnya akan menyebabkan hajat tercapai?

niat hajat tu macam mana? sekadar dalam hati atau dilafazkan sblm/slps minum air? saya lihat ada org berdoa sblm minum zam2 sambil memegang segelas zam2, cara ini betul ke?

*************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:
ana nak tny betul ke ada hadis mengatakan bahawa air zam-zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya? hadis tu soheh ke?

Ada hadis berbunyi:

ماء زمزم لما شرب له
Maksudnya: "Air zamzam adalah untuk perkara yang dikehendaki peminumnya".
Direkod oleh Ahmad (no: 14849), dan Ibn Majah (no: 3062) daripada hadis Jabir. Dan direkod sebagai hadis Ibn Abbas oleh Daruqutni (no: 238), al-Hakim (no: 1739) dll.

Hadis ini dinilai sahih atau hasan oleh sebahagian ulama, dan sebahagian mereka menilainya dhaif. Antara mutaqaddimin yang menilai sahih hadis ini ialah: Sufian bin Uyainah (dinukilkan oleh Ibn Jauzi dalam al-Azkiya').

Dari sudut makna, tidak syak bahawa kalau seseorang minum untuk kenyang, akan menjadi kenyang. Kalau minum untuk hilang dahaga akan hilang dahaga. Dan kalau unt sembuhkan penyakit, akan disembuhkan dgn izin ALlah.

Quote:
jika kita minum dgn niat untuk dapat sesuatu hajat, tidakkah itu dikira sebagai syirik kerana kita menganggap dgn meminumnya akan menyebabkan hajat tercapai?

Tidak ada sebarang bentuk syirik dalam perkara ini, samada niatnya berbentuk suatu hajat lahiriyyah spt hilang dahaga atau sembuhkan penyakit, atau berbentuk doa-doa spt minum dengan bedoa supaya menjadi alim, atau mahu murah rezeki. Kerana ia termasuk dalam bab doa kepada Allah.

Quote:
niat hajat tu macam mana? sekadar dalam hati atau dilafazkan sblm/slps minum air?saya lihat ada org berdoa sblm minum zam2 sambil memegang segelas zam2, cara ini betul ke?

Jika niatnya untuk kenyang dan hilang dahaga, maka tidak perlu kepada lafaz. Kalau niatnya mahu berdoa kepada Allah untuk kebaikan dunia atau akhirat, maka berdoalah dengan berlafaz kerana Allah Maha MENDENGAR doa-doa hambanya.
Diriwayatkan Ibn Abbas bedoa dengan doa ini:

اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا واسعا وشفاء من كل داء
Direkod oleh Daruqutni 2/288.

Namun begitu tidak ada hadis sahih tentang Nabi berdoa ketika minum zamzam, dan tentang kaifiyat doanya. Cuma diamalkan oleh sesetengah salaf.

Perihal berdo'a

Guest

Salam

dah cuba cari threadnya tapi tak dapat:-

1) Difahami bahawa do'a setelah solat memerlukan pujian kepada Allah & selawat ke atas nabi ketika mula dan tutup do'a. Bagaimana pula dengan do'a selepas tashahud akhir (sebelum salam), perlu buka & tutup dgn pujian & selawat juga ke?

2) Apakah hukum menelangkupkan tangan ketika berdoa tolak bala? Saya pernah terbaca fatwa dari jbtn mufti N9 yg membolehkan sedemikian atas hujah antaranya dgn dalil drpd sahih muslim #896 (kalau tak silap) bahawa Nabi saw telangkup tangan ketika berdo'a sewaktu hujan lebat/ribut.

Bukankah perbuatan nabi tu khusus ketika hujan ribut sahaja dan bukan utk setiap kali berdoa (bid'ah)?

***********
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Adalah digalakkan bagi sesiapa yang ingin berdo'a memulakan dengan memuji Allah dan berselawat keatas Nabi saw . Diantara hadithnya :-

Riwayat dari Fadaalah ibn 'Ubaid ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَحْمِيدِ اللَّهِ وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ، ثُمَّ لْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ لْيَدْعُ بَعْدُ بِمَا شَاءَ
"Apabila salah seorang dari kamu berdoa, mulakan dengan memuji Allah, kemudian hendaklah dia berselawat keatas Nabi saw, kemudian mintalah apa yang dia mahukan" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #3477]

Bagi do'a selepas bacaan Tashahud akhir dan sebelum memberi salam, tidak pula ada petunjuk yang menyatakan perlu memuji dan berselawat keatas Nabi saw. Jika dilihat pada isi kandungan Tashahud akhir, ia juga mengandungi puji-pujian kepada Allah dan selawat sebagaimana riwayat Bukhari 4/178.

2. Menterbalikkan tangan ketika berdo'a merupakan kaedah yang Nabi saw lakukan pada solat istisqa'. Sebagaimana yang kita jelaskan diatas, do'a merupakan ibadat, dan ia memerlukan petunjuk dari Nabi saw. Walaubagaimanapun, terdapat dikalangan ulama' yang berpegang kepada pandangan yang membolehkan membalikkan tangan ketika menolak bala' .

Berikut kami petikkan jawapan didalam Soal-Jawab yang lalu :-

SJ - 2835 : tangan diterbalikkan ketika berdoa:

Dalil menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a

Disana terdapat dalil yang menunjukkan membalikkan tangan semasa berdo'a, sebagaimana menurut Sheikh Atiyah Saqr :

قال ابن حجر في الفتح: قال العلماء: السُّنَّةُ في كل دعاء لرفع بلاء أن يرفع يديه جاعلاً ظهر كفيه إلى السماء، وإذا دعا بحصول شيء أو تحصيله أن يجعل بطن كفيه إلى السماء. وكذلك قال النووي في شرح صحيح مسلم، حاكيًا لذلك عن جماعة من العلماء. وقيل:الحكمة في الإشارة بظهر الكفين في الاستسقاء دون غير التفاؤل بتقلب الحال كما قيل في تحويل الرداء "المرجع السابق".
"Berkata Ibnu Hajar didalam Al-Fath Bari : Berkata ulama' : Sunnah setiap kali berdo'a menghindar bala' mengangkat tangannya menjadikan belakang tangan mengadap ke langit (terbalik), jika berdo'a untuk mendapat sesuatu hasil maka jadikan tapak tangan mengadap langit. Begitulah yang dikatakan oleh Imam Al-Nawawi didalam syarah Sahih Muslim, dan berkata dikalangan kumpulan ulama. Kata mereka : Hikmah mengisyaratkan belakang tapak tangan apabila memohon air hujan tanpa selainnya hanyalah optimistik berubahnya keadaan sebagaimana diperingkat didalam bertukar posisi kain sibai, merujuk kepada nas sebelum ini. "

--------------
Pandangan Rumah Fatwa Saudi

Didalam fatwa bernombor 3907 dari al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta, ulama'-ulama'nya menyebut :

السنة أن يجعل بطون يديه إلى السماء وظهورهما إلى الأرض؛ لما روي أن النبي صلى الله عليه وسلم :
إذا سألتم الله فاسألوه يبطون أكفكم، ولاتسألوه بظهورها
"Adalah Sunnah menjadikan tapak tangan mengadap ke langit dan belakang kedua-dua tangan mengadap ke bumi, sebagaimana yang diriwayatkan dari Nabi saw :

Apabila kamu memohon kepada Allah, maka hendaklah kamu lakukan dengan kedua tapak tangan kamu, jangan kamu memohon dengan menggunakan kedua belakang tangan kamu" - (hadith riwayat : Abu Daud 2/164-165 bernombor 1485,1486, Ibnu Maajah 1/373, 2/1272, Al-Hakim 1/536, Al-Baihaqi 2/212 dan lain-lain). "

Sekian, wassalam

Hukum kebumikan jenazah waktu malam

Bro_aiman

Salam

Apakah hukum (thabit dengan hadith) jika kita kebumikan jenazah waktu malam?..dalam agama jika seseorng itu meninggalkan kita disuruh supaya disegerakan diuruskan jenazah tersebut terutamanya yang telah uzur...minta penjelasan panel2 al-ahkam utk menjwb?

jazakallahukhir Razz

****************
thtl

wsm

alJawab:

Boleh saja. Bahkan Imam-imam al-Muhaddith spt Bukhari ada bab khusus yang bertajuk " ad-Dafn bil Layl' maksudnya perihal mengubur (jnazah) pada malam hari). pada fasal ini Imam Bukhari meriwayatkan hadith Nabi saw pernah menguburkan jenazah pada malam hari dan Abu Bakar assiddiq ra pun dikuburkan pada malam hari (sahih alBukhari, kitab al-Janaiz, bab adDafn bil Layl)

Komentar Imam Nawawi, pensyarah sahih Muslim, larangan menguburkan mayyat di malam hari jika berlaku perkara2 berikut, antaranya: tidak ada orang yang bersolat atasnya, atau sedikit bilangan pesolatnya atau kain kafan yang tidak mencukupi.
sekian WA

Hizb

Al-Ghuraba'

Salam

apa pandangan ahli panel tentang hizb2 spt ...

Hizib Bahar oleh As-sayyid asy-Sayiakh Abil Hasan Asy-Syadzili
Hizib Nasar oleh Syaikh Abil Hasan Asy-Syadzili, juga oleh Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
Hizib An-Nawawi oleh Al-Imam An-Nawawi
Hizib Wiqayah oleh Ibn Arabi
Hizib Autad dsb

Adakah hizb2 nie sesuai dgn Sunnah?
Betul ker Imam Nawawi Rhm juga menyusun Hizb2 nie..?

Jzkk

********
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Hizib adalah himpunan zikir dan do'a yang dinisbahkan kepada pengumpulnya atau tokoh yang memperkenalkan hizib tersebut. Kami tidak boleh memberi komen terbuka kepada hizib yang anda senaraikan kerana ia melibatkan sensitiviti kumpulan tareqat yang mengamalkan hizib-hizib tersebut dan hizib itu adalah popular di tanah air kita sejak sekian lama.

Apa yang boleh kami katakan, hizib ni ada yang dikarang sendiri oleh tokoh2 tareqat dan ada hizb yang cuma menghimpunkan dari al-Qur:an dan hadith-hadith sahih. Kami amat menyarankan anda beramal dengan hizib yang hanya dihimpunkan dari al-Qur:an dan asSunnah oleh tokoh2 yang terkenal dengan perjuangannya menegakkan sunnah antaranya Kalim Tayyib oleh Imam Ibn Taymiyah, Wabil asSayyib oleh Ibn Qayyim, al-Azkar oleh Imam Nawawi, mereka ini tidak mengarang dan mengadakan zikir atau do'a yang baru, cuma menghimpunkan dari al-Qur:an dan hadith sahaja. Hizib generasi baru antaranya oleh al-Albani (sahih al-Azkar) dan Hisnul Muslim oleh Dr al-Qahthani dari Jordania.

Apakah hizib yang dikarang oleh tokoh tareqat itu sesuai dengan sunnah? Itu kami serahkan kepada anda sendiri, dapatkan naskhah asli Hizib tersebut dan padankan dengan Hizib yang kami senaraikan di atas. Kemungkinan ada persamaan dan ada yang anda tidak pernah lihat. Jika demikian sudah tentulah dia tidak selari dgn sunnah.

Imam nawawi diketahui menyusun kitab al-Azkar, hizibnya yang sudah maklum. Manakala Hizib Nawawi yang didakwa itu sanadnya adalah dari sanad Asia Tenggara dan kami tidak yakin ia suatu sanad yang bersambung kepada Imam Nawawi. Maka lebih selamat kita iktiraf hanya al-Azkar merupakan hizib anNawawi yang autentik dinisbahkan kepada beliau. sekian

*************
kamin
Panel Feqh

Quote:
Betul ker Imam Nawawi Rhm juga menyusun Hizb2 nie..?

Hizb Nawawi merupakan amalan yang di popularkan oleh Syeikh Muhammad bin Umar bin Ali atau lebih dikenali dengan nama Syeikh Nawawi Banten (1815-1897), ulama Jawi (Nusantara).


Nawawi Banten

Syekh Nawawi Banten memiliki nama lengkap Abu Abd al-Mu’ti Muhammad ibn Umar al- Tanara al-Jawi al-Bantani. Ia lebih dikenal dengan sebutan Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani. Dilahirkan di Kampung Tanara, Serang, Banten pada tahun 1815 M/1230 H. Pada tanggal 25 Syawal 1314 H/1897 M. Nawawi menghembuskan nafasnya yang terakhir di usia 84 tahun. Ia dimakamkan di Ma’la dekat makam Siti Khadijah, Ummul Mukminin isteri Nabi.

(petikan dari blog - http://ronny-sachrony.blogspot.com/2007/09/syekh-nawawi-al-bantani.html )

Berdoa ketika sujud dalam bahasa Melayu

amrizal
Salam

Ana baru mendengar ceramah daripada ustaz asri tentang persoalan bolehkan berdoa dalam bahasa Melayu sekiranya kita x arif dalam bahasa Arab.. us Maza ade menyebut ianya dibolehkan sekiranya kita x tau arab.

Jadi bolehkah sahabat2 sekelian mendetailkan lagi sekiranya ada nas dari hadith.

Syukran..

***********
izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Imam Nawawi telah menjelaskan perkara yang dibenarkan terjemahan ke bahasa asing di dalam solat, ringkasannya:

1. Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat Al-Quran tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain, kerana akan menghilangkan kemukjizatannya.

2. Lafaz-lafaz yang wajib seperti takbir ihram, tahiyat akhir dan selawatnya dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu.

3. Ucapan-ucapan yang tidak wajib seperti doa-doa ma'thur dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu menyebut dalam arab. Dan tidak dibenarkan kepada orang yang mampu dan terbatal solatnya jika diterjemahkan.

4. Tidak boleh mencipta doa yang tidak ma'thur kemudian disebut dengan bahasa asing dan ini membatalkan solatnya. Tetapi boleh mencipta doa dalam bahasa arab.

5. Zikir-zikir lain seperti tahiyat awal, selawatnya, tasbih rukuk dan sujud, doa qunut dan takbir-takbir perpindahan dibenarkan terjemahan bagi orang yang tidak mampu.

Dan pengarang "al-Hawi" ada menyebut: Sekiranya seseorang itu tidak boleh bahasa arab, dia boleh membaca semua zikir dengan bahasa asing. Dan jika dia boleh bahasa arab, hendaklah membaca dengannya. Jika sebaliknya dan dibaca bacaan yang wajib dengan bahasa Parsi, ini tidak dibenarkan. Dan jika bacaan itu perkara sunat seperti tasbih dan doa iftitah ia dibenarkan, tetapi dia telah melakukan perkara yang buruk.

Rujukan:
- al-Majmuk: 3/247-248.

Wallahu a3lam

Kenduri Arwah Dan Solat Jenazah

Guest

Salam,

Telah diketahui yang acara tahlil setelah kematian adalah BID'AH..Tapi bagaimana pula sekiranya keluarga terdekat menyediakan makanan untuk keluarga simati dan tetamu yang datang ketika mayat masih berada di rumah(belum dikebumikan)?

Benarkah dakwaan sekiranya 40 orang yang bersolat jenazah,jenazah tersebut akan terlepas dari azab kubur?Sertakan dalil pls....

***********
thtl

Wassalam

al-Jawab:

1. Keluarga terdekat atau jiran menyediakan makanan kepada keluarga si mati.

Ulasan: Ia merupakan sunnah, perbuatan terpuji dan mengiratkan hubungan kekeluargaan di sa'at musibah walaupun mayat masih terbaring atau sesudah mayit sudah dikebumikan. Dalil hadith:

اصنعوا لآل جعفر طعاما فقد أتاهم ما يشغلهم أو أمر يشغلهم

Dari Abdullah bin Ja'afar, bahawa Nabi saw bersabda " buatlah makanan untuk keluarga Ja'afar kerana ia sedang dilanda kesibukan yang getir." HR Termidzi, Ibn Majah dan Abu Daud serta Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani (sahih Ibn Majah (1316)


التلبينة مجمة لفؤاد المريض ، تذهب ببعض الحزن
terjemahnya: dari Aisyah ra:
"Talbinah menghibur dada pesakit dan menghilangkan sebahgian dari kesedihan" (Bukhari-Muslim, sahih Bukhari (5417)
*Talbinah= sejenis makanan orang arab

2. Bilangan pesolat mayyit 40 orang

رسول الله عليه وسلم يقول " ما من رجل مسلم يموت فيقوم على جنازته أربعون رجلا ، لا يشركون بالله شيئا إلا شفعهم الله فيه "
terjemahnya: dari Ibn Abbas ra
" Tidak ada seorang muslim yg mati, kemudian disolatkan oleh 40 lelaki yang tidak berbuat syirik kepada Allah sedikitpun, kecuali Allah akan beri syafa'at kepada mayyit tadi melalui mereka." [sahih Muslim (948)]

Mana nak cari sekarang 40 orang ahli tawhid dalam sebuah kampung atau pekan? WA

Makna Doa Ini

Al-Ghuraba'

Salam

ni ade kawan tanye...

"Subhanamanyusabbihuroghdubihamdihiwamalaikatuminkhifatih"

apa maknenye...adakah doa ini tsabit dari Nabi?

jzk.

*************
izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Doa atau tasbih ini berasal dari potongan ayat 13 surah ar-Ra'd:

وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ

"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya".

Dan doa ini tsabit dari Sahabat Nabi r.a, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Mowatto' dan Imam Bukhari dalam Adab Mufrad dari Abdullah bin az-Zubair yang membaca doa ini ketika mendengar guruh:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا سَمِعَ الرَّعْدَ تَرَكَ الْحَدِيثَ وَقَالَ سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ ثُمَّ يَقُولُ إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ شَدِيدٌ

"Bahawa apabila beliau mendengar guruh, beliau akan meninggalkan percakapan dan menyebut: Subhana allazi yusabbihu ar-ro'du bihamdihi wal malaikatu min khifatih" (Maha Suci bagi yang guruh bertasbih memujiNya dan para malaikat kerana takut kepadaNya). Kemudian beliau berkata: Ini adalah peringatan yang dasyat kepada ahli bumi".

Wallahu a3lam

13 March 2009

Doa Qunut solat sunat witir

Guest

Salam,

Bacaan doa Qunut witir terdapat banyak yang shahih dari rasullulah saw,jadi sekiranya kita belum hafal doa tersebut bolehkah kita membaca doa qunut itu sambil memegang buku doa?

Bolehkah dalam doa qunut witir itu selepas membaca doa yang warid dari rasullulah kita menambah mengikut doa yang kita sendiri kehendaki?

jazakallahu khairan

*************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

1. Status Qunut Witir adalah diperselisihkan kesahihannya. al-Muhaddith al-Albani mensahihkan hadith qunut witr, manakala Muhaddith mutaqaddimun spt Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban al-Busti mendha'ifkannya. Muhaddith kontemporer seperti Syaikh Bakar Abu Zayd dari KSA juga mendha'ifkan hadith2 qunut witr. Persis (persatuan Islam) dari Indonesia yang diasaskan oleh Ust A Hasan Bandung juga mendha'ifkan qunut witr.
Jika anda memilih pendapat ahli hadith yang mensahihkannya (al-Albani), maka anda boleh saja mengamalkan qunut witr dan inilah amalan Jumhur.

2. Hukum memegang buku do'a qunut ketika bersolat witir dan membaca do'a darinya. Berkata Syaikh Uthaimin dan Syaikh Ibn Baz, pada dasarnya memegang musyhaf atau semisalnya tidak dilarang, tapi ia adalah amalan tersebut akan mencacatkan solat anda, antaranya:

a. perbuatan memegang buku do'a akan menghalang pesolat dari melihat tempat sujud, kerana tumpuannya beralih kepada kitab.

b. amalan meletakkan kedua tangan di atas dada juga tidak dapat diteruskan lagi kerana memegang kitab do'a,

c. banyak berlaku pergerakan dalam solat ketika aksi memegang kitab dan membeleknya

d. pergerakan mata kerana membaca baris-baris do'a
Oleh kerana perbuatan memegang kitab itu mematikan banyak sunnah yang lain, maka langkah terbaik ialah tidak usah berbuat demikian dan solatlah mengikut keupayaan anda sahaja. (Fatawa Ibn Uthaimin, Riyadh: Daar Alam Kutub, cet ke 4,1994)

3. Penambahan do'a tambahan seusai do'a witr yang makthur:

Mengikut Syaikh Ibn Uthaimin, mantan Mufti 'Aam KSA, hukumnya boleh saja, ia kembali kepada hukum asal, boleh memperpanjangkan ucapan do'anya. Tapi yang terbaik ialah kekal dengan apa yang diajar oleh Nabi saw, tidak mengurang atau menambahnya. (Syaikh Ibn Uthaimiin, Syarh Du'aail Qunut, Riyadh: Daar Ibn Khuzaimah, 1997) Tambahan Syaikh Bakr Abu Zayd, tambahan do'a qunut itu tidak dijadikan rutin atau kebiasaan dan jika menjadi Imam, tambahan itu tidak boleh membebankan makmum. (Tashhih ad-Du'a, Riyadh: Dar al-Ashimah, 1999) WA

Mohon Bantuan Menjawab Zikir Berjemaah

ketayap

Mohon Bantuan tuan menjawab hujah-hujah berikut mengenai zikir/wirid berjemaah lepas solat - dalam satu forum lain.
==============================================

Hadis bab zikir berjemaah tu ada banyak. Kamu cari kamu akan jumpa. Saya bukan bertugas utk memuaskan hati kamu. Antaranya spt dibawah:

Sheikh Allamah Musnid Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir) mengatakan (dalam buku beliau "Al-Bayan") bahawa: " Berhimpun untuk melakukan zikir secara berjemaah dalam satu halaqah (perhimpunan) merupakan suatu amalan yang sunnah, yang bersandarkan dalil syarak yang mulia.

"Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) takkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir), samada petang ataupun pagi, dalam mengharapkanNya..." (Al-Kahfi: 28)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): "marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)" Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia..." Al-Hadis. (riwayat Al-Bukhari).

Dari Mu'awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut): "Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?" Mereka menjawab: "Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam..." sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat" (hadis riwayat Muslim)

Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tidaklah duduk sesuatu kaum, akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah, melaikan para malaikat akan menaungi mereka, akan terlimpah rahmat ke atas mereka, dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka..." (hadis riwayat Muslim)

Imam An-Nawawi dalam syarah beliau mengatakan bahawa: "hadis ini menunjukkan tentang kelebihan majlis-majlis zikir dan kelebihan orang-orang yang berzikir, serta kelebihan berhimpun untuk berzikir beramai-ramai.

-tamat ringkasan nukilan-

Demikianlah ringkasan daripada fatwa guru kami, Dr. Ali Jum'ah, yang merupakan Mufti Negara Mesir sekarang. Semoga Allah s.w.t. memberi manfaat dengan ilmu beliau kepada seluruh umat Islam.


Kata2 Imam Syafie tu lebih difahami oleh ulamak Mazhab Syafie. Kamu cari apa yg dikatakan oleh Imam An-Nawawi, As-Subki dll Ulamak Mazhab Syafie terhadap kalam Imam Syafie itu. Ianya bukan spt yg difahami oleh kebanyakan org yg spt sdr.

Sdr boleh lihat di sini utk membantu pemahaman sdr:

http://al-subki.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=34&Itemid=26

Kat cni bukan forum yg khusus bincang bab fiqh wahabi, aqidah songsang wahabi dll.
Kalau nak tahu serba sedikit berkenaan wahabi sdr boleh rujuk kat cni:

http://al-subki.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=26
Dan kalau nak tahu asal usul Pengasas Wahabi dari mana, sila lihat kat cni:

http://geocities.com/traditionalislam/hadith_najd_kebenaran_yang_digeruni.htm

****************
thtl

al-Jawab:

1. Kami mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan anda. Ini kerana isu zikir jama'iy dan gerakan Wahabi telah banyak dipaparkan di AAN. Jika anda rajin melayari archive AAN, isu zikir jama'iy dan Wahabi amat mudah dimengerti. namun kerana kami tahu anda tidak mempunyai banyak masa untuk melayari laman web kami, maka kami akan jawab secara ringkas sahaja.

2. Isu Zikir Jama'iy yang menjadi pertikaian antara golongan syafi'iyah nusantara yang bertopengkan laman web al-Subki.

Kita hendaklah kembali kepada istilah Zikir Jama'iy tu apakah gerangan ia?
Dalam istilah kami, Zikir jama'iy ialah zikir secara berkoir atau serentak di bawah satu ketua yang dikenali sebagai khalifah majlis atau juga tanpa ketua. Ia dilakukan secara serentak dan kemungkinan disertai dengan hayunan badan dan lenggok kepala dsbnya melantunkan rangkap2 zikir yang tertentu.

Inilah zikir jama'iy yang menjadi isu kerana zikir berkoir di bawah pimpinan khalifah majlis begini tidak dikenali di zaman salaf. Ia muncul pada tahun 216H di zaman pemerintahan al-Makmun dan dikembangkan oleh golongan sufi dan tareqat (Dr Nasyr 'Aql, KSA, Dirasat fil Ahwa' (282)

Manakala jika ada majlis zikir dan masing2 berzikir secara individual bukan dalam bentuk berkoir, maka tidak ada tegahan dan itulah nas-nas yang anda petik dalam laman web tsb.

3. Laman2 web yang anda cite yang ada nama al-Subki adalah aliran kaum tua atau tradisional yang mempunyai sengketa yang panjang dan berdarah. Ia adalah sengketa yang tak berkesudahan antara kaum tradisionalis atau madhabik dengan gerakan pembaharuan Arab saudi pimpinan Imam Muhammad Abdul Wahab. AAN tidak ada kena mengena dengan percakaran yang panjang ini. sekian WA

Doa pengasih

Guest

Salam

Saya berharap panel feqh yang budiman dapat memaparkan doa yang diajar baginda RasuluLlah kepada Abu Hurairah r.a agar manusia mengasihinya. JKK.

****************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Abu Hurairah r.a. pernah meminta Rasulullah SAW berdoa supaya dia dan ibunya dikasihi oleh orang lain, lalu baginda berdoa. Kisah ini berlaku selepas ibunya masuk Islam dengan doa daripada Rasulullah SAW.

Abu Hurairah melaporkan:

قلت يا رسول الله ادع الله أن يحببني أنا وأمي إلى عبادة المؤمنين ويحببهم إلينا قال فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم اللهم حبب عبيدك هذا - يعني أبا هريرة - وأمه إلى عبادك المؤمنين وحبب إليهما المؤمنين فما خلق مؤمن يسمع بي ولا يراني إلا أحبني

Maksudnya: Aku berkata: Wahai Rasulallah, berdoalah kepada Allah supaya aku dan ibuku dikasihi oleh hamba-hambaMu yang beriman, dan mereka dikasihi oleh kami. Lalu Rasulullah SAW berkata: "Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini (yakni: Abu Hurairah) dan ibunya dikasihi oleh hamba-hambaMu yang beriman, dan mereka (hamba-hambaMu) pula dikasihi oleh mereka (Abu Hurairah dan ibunya)". Lalu, tidak ada seorang mukmin yang mendengar tentang diriku dan melihatku melainkan dia mengasihiku.
Direkod oleh Muslim (no: 2491)

Wallahu A'lam

Doa selepas azan

Guest

Salam,

Apakah yang dimaksudkan berselawat selepas azan?Adakah selawat yang kita biasa baca seperti allahuma shalli alla muhamad wa alla muhamad atau doa azan itu sendiri adalh selawat juga?

jazakallahu khairan

*************
thtl

Wassalam

Jawapan :

Berselawat kepada Nabi Muhammad saw selepas azan adalah sahih dan thabit dari Baginda saw melalui sabdanya :

إذا سمعـــتم المؤذن فقــولوا مـــثل ما يقول ثم صلوا علي فإنه من صلى علي صلاة صلى الله عليه بها عشرا

“Sekiranya kamu mendengar muazzin (azan) , maka ikutlah seperti apa yang disebutkan. Kemudian, berselawatlah kamu kepadaku. Maka barangsiapa yang berselawat kepada ku sekali selawat, nescaya Allah swt akan berselawat kepadanya 10 kali.”
(HR Muslim : 384 , Abu Daud : 523 , Tirmizi : 3614)

Maka jelas disini bahawa memang kita disuruh untuk berselawat kepada Nabi Muhammad saw selepas azan.

Manakala bacaan doa selepas azan yang biasa kita baca itu juga adalah warid / thabit daripada Rasulullah saw sebagaimana sabdanya:

من قال حين يسمع النداء : اللهم رب هذه الدعوة التامة........
(HR Bukhari : 614)

Sekian

WA

Ihsan dari
Ust Jawhar al-Yamani
Associate Panel Fiqh AAN

Mendoakan Ibu Bapa yang bukan Islam

Guest

Salam

Boleh tak seorang muslim convert mendoakan ibu bapanya yang non-muslim sebagaiman doa yang termaktub di dalam Al Quran...Rabbighfirli waliwadayya warhum......dan seterusnya.

1) semasa ibu bapa nya masih hidup?

2) Ibu bapanya sudah meninggal dunia?

**************
thtl

Wassalam

Tidak boleh , bahkan diharamkan seseorang muslim mendoakan orang kafir dengan doa memohon pengampunan dan seumpamanya walaupun mereka itu adalah kedua ibu bapanya samada semasa hidup ataupun selepas matinya (jika semasa matinya ia masih tetap tidak beriman kepada Allah swt) , berdalilkan maksud firman Allah swt dalam surah at-Taubah ayat 113 :

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang Yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka Bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka”.

Akan tetapi yang dibolehkan oleh seseorang Muslim ialah mendoakan agar orang kafir tersebut diberikan hidayah untuk menerima Islam , lebih-lebih lagi kepada kedua ibu bapa yang masih belum menerima Islam.

WA

Rujukan :
Tashih ad-Dua , As-Syeikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid , Dar al-‘Asimah , 1999

Apa makna doa nie? (Guruh Bertasbih)

Al-Ghuraba'

Salam

ni ade kawan tanye...

"Subhanamanyusabbihuroghdubihamdihiwamalaikatuminkhifatih"

apa maknenye...adakah doa ini tsabit dari Nabi?

jzk.

*************
izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Doa atau tasbih ini berasal dari potongan ayat 13 surah ar-Ra'd:

وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ

"Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya".

Dan doa ini tsabit dari Sahabat Nabi r.a, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Mowatto' dan Imam Bukhari dalam Adab Mufrad dari Abdullah bin az-Zubair yang membaca doa ini ketika mendengar guruh:

أَنَّهُ كَانَ إِذَا سَمِعَ الرَّعْدَ تَرَكَ الْحَدِيثَ وَقَالَ سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ ثُمَّ يَقُولُ إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ شَدِيدٌ

"Bahawa apabila beliau mendengar guruh, beliau akan meninggalkan percakapan dan menyebut: Subhana allazi yusabbihu ar-ro'du bihamdihi wal malaikatu min khifatih" (Maha Suci bagi yang guruh bertasbih memujiNya dan para malaikat kerana takut kepadaNya). Kemudian beliau berkata: Ini adalah peringatan yang dasyat kepada ahli bumi".

Wallahu a3lam

Doa Istikharah

aabdu4x

Salam

Boleh tolong nyatakan doa istikharah yg ma'thur.

terima kasih.


************
izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Doa istikharah yang ma'thur adalah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي قَالَ وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah Saw telah mengajarkan kepada kami mengenai sembahyang Istikharah di dalam banyak perkara. Sebagaimana yang telah baginda Saw ajarkan kepada kami satu surah dari surah-surah Al Quran. Baginda Saw bersabda: "Apabila salah seorang daripada kami mempunyai satu keinginan, hendaklah dia membuat sesuatu, hendaklah dia melaksanakan sembahyang dua rakaat, selain dari menunaikan sembahyang fardhu. Kemudian berdoalah: wahai Tuhan Kami! Aku beristikharah kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan dan kudrat-Mu. Dan aku memohon kepada-Mu dari limpah kebesaran-Mu. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa dan aku tidak berkuasa. Engkaulah yang Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui dan Engkaulah yang Maha mengetahui perkara-perkara ghaib. Wahai Tuhan kami! sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara itu adalah baik bagiku dan agamaku, kehidupan dan kesudahanku (atau dengan kata yang lain) pada perkara yang sedang dan yang akan mendatang, maka taqdirkanlah ia untukku, permudahkanlah ia kepadaku, dan berkatilah kepadaku dengannya. Dan jika Engkau ketahui bahawa urusan itu adalah buruk bagiku dan agamaku, kehidupan dan kesudahanku (atau dengan kata yang lain) pada perkara yang sedang dan yang akan mendatang, maka Engkau jauhilah ia dariku dan hindarkanlah aku darinya. Dan berilah aku kebaikan dimana sahaja kebaikan itu berada kemudian Engkau redhailah aku, "Sabda baginda Saw lagi: "selepas itu, sebutlah hajatmu."

Wallahu'alam

Ayat-ayat Pendinding

Guest

Assalamualaikum wbt Syaikh2 kat sini,

Nak tau amalan2 yang mengikut sunnah untuk melindungi harta benda (rumah, kilang, ladang, kedai dan sebagainya) dari manusia2 yang jahat, jin setan dan sebagainya.

Yang berupa ayat2 tertentu ka, doa2 or zhikir2 yang shahih.

serta kalau boleh bagi rujukan dan kitab2 yang bersangkutan.

Sudah tentu, yang pertamanya mestilah berusaha mengadakan sistem kawalan yang baik (pagar, alarm, guard dsbnya).

Segala jawapan diucapkan ribuan terima kasih,

Shah,

*************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Antara doa yang warid untuk mendapat penjagaan Allah pada diri, agama, keluarga, harta benda ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِينِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى اللَّهُمَّ احْفَظْنِى مِنْ بَيْنِ يَدَىَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِينِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِى

maksudnya: Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kekemaafan dan keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku, dan harta bendaku. Ya Allah, tutuplah keaibanku, dan tenangkanlah rasa ketakutanku. Ya Allah, jagalah aku dari sudut hadapanku, dari sudut belakangku, sebelah kananku, sebelah kiriku, dan dari sebelah atasku. Dan aku meminta perlindungan dengan keagonganMu daripada aku terpedaya dari arah bawahku (yakni: dari tertimbus dalam bumi).

Kata Ibn Umar: Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini ketika petang dan pagi. HR: Abu Daud (no: 50076), Ahmad (no: 4785).

Selain itu ada banyak lagi doa-doa lain yang diajar Nabi SAW. Boleh rujuk buku kecil: Hisnul Muslim susunan al-Qahtaniy.

Wanita Haid Ziarah Kubur

ibnu_muslim

Salam

bolehkah wanita haid pergi kekubur atau mengiringi jenazah ke kubur?mohon penjelasan.


************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Tiada perbezaan hukum antara wanita haidh dan wanita tidak haidh dalam permasalahan ziarah kubur.

Sesetengah ulama melihat: harus ziarah kubur, baik lelaki atau wanita. Maka ia merangkumi wanita haidh dan wanita suci. Kerana umum hadis:

"Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur. Maka ziarahlah ia". HR Muslim (no: 977).

Dan kerana ada hadis bahawa Aisyah r.a. pernah menziarahi kubur saudaranya Abdul Rahman. Apabila ditanya, jawabnya: Dulu Nabi melarangnya, kemudian memerintahnya.
HR Baihaqi (no: 6999), Al-Hakim dlm Mustadrak (no: 1392).

Sesetengah ulama pula cenderung kepada larangan wanita menziarahi kubur, kerana hadis "Allah melaknat wanita2 yang banyak menziarahi kubur".
HR Tirmizi (no: 1056) katanya: Hasan Sahih.

Bagi mereka yang cenderung pendapat ini juga tidak membezakan antara wanita haidh dan wanita suci.

Wallahu A'lam.

Boleh juga dengar penerangan SS Mufti Perlis.
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44100